Tuesday, May 11, 2010

Benjol Di Kepala

Macam-macam perasaan aku skrg ni, sedih, marah, serba salah...tp tidak terluah. Ini kerana semalam Mikael jatuh kt rumah babysitter. dia ckp Mikael terjun daripada sofa tp x sempat nk sambut..tinggi tu kan.melebihi paras ketinggian dia.masa amik Mikael semalam lepas kerja, Ya Allah...benjol di kepala dia mcm sebiji telor...cuma warna je x putih..sbb dh lebam...

Tp masa tu kt sana ramai, ngan jiran2 dia. so aku x dpt nk bertanya dengan lebih lanjut mcm mana perkara ni boleh terjadi. balik rumah plak kene marah ngan hubby. terus la tuam ngan ais.tp serius la..memang besar benjolannya. aku cuma risau kepala dia ade side effect je..rasa sedih sangat..so kami bawa la jumpa doctor. doctor cakap kalau dalam masa 24 jam ni ade simptom2 macam sawan, demam, letih lesu, kene cepat bawa pi hospital. kalau dh lepas 6 jam daripada insiden tu berlaku tp baby masih ok maknanya mempunyai 50% untuk dpt simptom2 td.

Risaunya la aku skrg ni. ari ni terpaksa anta jgk ke rumah babysitter sbb ade training kn. yg aku rasa serba salah sbb x tau macam mana aku nk luahkan kt pengasuh tu supaya tolong jaga Mikael baik2..jgn smpi benjol sana benjol sini...sbb dh byk kali lebam2 ni. tp ni la paling teruk. aku bkn nk salahkan dia 100% sbb aku tau Mikael ni mmg susah nk dikawal. tp itu bukan bermakna perlu jaga lebih kurang je kn.

Rasa marah yg x terluah jugak disebabkan aku x pandai nk marah orang. tambahan pula pengasuh ni lebih tua dan lebih berpengalaman jaga anak. cuma aku dpt pesan kt dia td, kalau Mikael demam ari ni, tolong inform saya dengan segera.

"Ya Allah...aku bermohon kepada Mu, pelihara la kesihatan anakku. Jauhi la dia dari perkara2 yang tidak baik. Lindungilah anakku daripada perkara2 yg memudaratkan "

2 comments:

Imma said...

InsyaAllah Mikael tak apa2..Biasanya malaikat ni lindung anak2 kecik dari kesakitan..

Cuma tu lah..kadang2 kemalangan ni kita tak dapat nak jangka nak berlaku..Memang takda org yg sengaja nak buat kesakitan pada org lain melainkan ada sesuatu yang tak betul pada diri org tuu..

Tp Adha..sabar bnyk2 yer..mmg tak leh nak salahkan mana2 pihak..perkara dah berlaku..harap2 semua akan lebih berhati2..Anak lasak tak dapat dinafikan..Apa2pon berserah laa pada Allah agar semua selamat..

So Mikael camna..dia OK ker tidak so far..Jgn laa sesedih ok..Lgpon Kak I** tuu jaga budak2 baik..Mungkin kemalangan tak berbau kan nak jadi pada Mikael..Tak baik maraha2..Allah lebih sempurna dengan ketentuanNya..kita berserah yer..InsyaAllah Mikael tak akan apa2..dont worry too much.. :-)

adcom said...

Terima kasih imma...

terbit rs nk marah sbb dh byk kali sgt jatuh dh imah.kalau sekali skala xpe.ni tiap2 minggu ade je.pastu kt kepala plak tu.kalau bhgn badan xpela jgk.aku rs sape2 yg berada di situasi aku skrg ni akan merasai perasaan yg sama.rs marah tu mesti ada, bila tgk anak kesayangan kita jd mcm tu.smpi mengalir airmata tgk keadaan dia.lg satu yg rs terkilan sgt, dia x minta maaf pn.at least bila say sorry, sejuk skit hati ni.

aku tau Mikael ni mmg lasak sgt.tp dia kn kategori budak/baby.mane tau berfikir lg.kite yg dewasa ni la yg kene take care.

anyway, rs marah dh berkurang.bila pk dia jaga Mikael mmg elok sejak dr kecil lg. tu yg aku diam aje.harap2 okla pasni.mayb sbb dh tmbh lg sorg baby. tu yg terlepas pandang Mikael buat 'keje'.

Mikael mcm tu lg la. benjol masih ada,cuma ade la kurang skit lps tuam ari2, dan letak minyak geliga ms dia tdo.

Related Posts with Thumbnails