Friday, July 30, 2010

5k please......

Hari ini...dengan besar hati nak menjawab tag dari MamaHY...1st time tgk tajuk ni, dalam fikiran aku adalah "bila nak capai gaji 5K ni?" huhuhuhu....

5 nama samaran kamu?
1) Enda ( ni panggilan dlm family dan kt kmpg dan teman rapat)
2) adha(dikalangan teman-teman yang mudah menyebut nama ini)
3) Daha(ni teman2 yang susah nak pronounce adha tu...huhu..jgn mara geng...)
4) mak Lang (anak buah, anak2 kawan rapat)
5) Ha (nenek aku...dan mak mertua aku..huhu..ade makna ke tak ntah ha ni...)

5 tarikh penting dalam hidup kamu?
1) setiap hjg bulan - gaji la beb
2) 25/5/2009 - mengeluarkan Mikael ke dunia...huhu...sweet memory..
3) 14/9 - husband's bday
4) 21/10 - my besday ( igt tau..hehe..)
5) xde lg la...hehe...

5 perkara kamu buat semalam?
1) tgk smallville session 7, episode 1,2..time lunch hour ok...
2) makan McD, GCB..best gk...
3) debug error x abis2...
4) main kejar2 dengan mikael smpi penat...
5)tidokan Mikael dan aku pn tido sekali...

5 perkara yang buat anda gembira?
1) window shopping online (huhu...gembira sbb x penat badan...)
2) berjalan2 satu family
3) dapat balik kampung..yeaayyy...
4) dapat tgk Mikael dan Hubby hari2...
5) bila ade org datang rumah...

5 tempat percutian idaman kamu?
1) kota Makkah (ade rezeki nak tunaikan haji/umrah sekeluarga)
2) london
3) gold cost
4) beijing
5) dubai

5 sebab kamu jawab soalan ini?
1) sebab suka 5K tu...hehe...
2) isi masa terluang (sebelum cuti...)
3) suka hati sekarang ni...
4) nak penuhkan entry minggu ni
5) lagipun xde idea nk tulis ape..TQ MamaHY sbb bg idea padaku..huhu

5 rakan lain yang di tag (sy x tau nak tag sape sebab kawan2 sume bz...so kawan2 yg x bz sume di TAG!)
1)
2)
3)
4)
5)

Wednesday, July 28, 2010

Mudahnya Dapat Kad Kredit


Gambar hanya sebagai hiasan semata-mata...

Hari ini nak story pasal kad kredit ni. sebab aku rasa sekarang mudahnya la nak dapatkan kad kredit. kenapa aku cakap macam tu? sebabnya aku pernah apply kad kredit di sebuah bank 5 tahun lepas tapi kene reject. tup3 dua tahun lepas dapat panggilan dari bank lain pulak, offer kt aku kad kredit dengan limit 5K u...huhuhu...aku dengan rasa sukacitanya menolak offer tersebut. ye la..byk hutang beb! tp dia suruh jugak ambil. cakap ni free je.guna baru bayar. macam2 lagi la dia ayat aku. last2 ambil juga la. dia suruh datang ke bank terdekat untuk ambil dalam masa sebulan selepas itu.

Bila dah ambil ingatkan sampai situ je la ending ceritanya sebab aku mmg x penah guna pun selepas itu. sebab taknak bt hutang lagi.. rupa2nya TIDAK!..sejak itu handphone aku tidak pernah aman. sentiasa mendapat panggilan yang tipu2 ni...ala..yang selalu lapor kat suratkhabar tu. angin tak...sehinggakan aku tak pernah angkat kalau keluar number stat with 016 dan kalau private number...nasibla kalau memang betul kawan yang call...huhu...aku bersyukur sangat sebab selalu dapat email peringatan berkaitan call tipu2 ni...so kita jadi alert la.

Ada 1 kes hamba ALLAH ni..kira aku kenal la. dapat sms mengatakan dia berhutang sebanyak sekian2 dan suruh bayar secepat mungkin. tapi dia x guna pn seperti yang tertulis. pastu dia call no tu balik dan bole tertipu dengan helah orang tu. siap kasi no untuk report kes salah guna kad kredit ni. bila dia call, pe lagi sume details peribadi dikorek...hamba Allah ni cite la kt aku lepas tu...aku tolong la menyiasat sume nombor2 tu. memang sah tipu. dengan segera hamba Allah ni block sume kad2 yang ada. termasuk kad atm, kad kredit. dah jd hal plak nk kene report polis...

Ada 1 kes lagi..adik aku la...dia baru register account di sebuah bank. then okla..dh bole guna..keluar masuk duit...tup3 dapat surat suruh aktifkan nombor je dah bole terus guna kad atm tu sebagai kad kredit juga...macam2 la sekarang ni nak suruh org berhutang...

So kawan2 berhati2 la ek...

Tuesday, July 27, 2010

Nak letgo stroller ngan walker

Aku rasa macam nak jual la Mikael punya Anakku Stroller dengan walker MyDear. sebab macam x guna je stoller ni. penah la 5-6 kali guna. skrg ni dia nak berjalan sendiri je. plus letak dalam trolly je bila pi shopping. semak je mata kat rumah tu sebab barang makin banyak.

macam walker plak..mula2 beli walker murah je..testing...then dia cepat sangat skill yang dia dapat, so dia bole panjat keluar dari walker tu. then beli la walker baru yang lebih besar dan kukuh dan ade stopper tu. tp kejap je pakai sebab dah bole jalan. ade la dalam sebulan pakai tu pun kadang2 je sbb siang duduk kt rumah pengasuh. malam plak aku biarkan dia main sendiri. just bila nk masak je guna. tu pun terjerit2 minta keluar.hahaha...

Thursday, July 22, 2010

Doa Menghilangkan Perasaan Marah

Salam semua...

Saban hari tekanan hidup semakin meningkat. aku tak tahulah kenapa aku mudah sangat nak marah sekarang. mungkin kerana penat fizikal dan mental. tetapi aku bersyukur mempunyai suami yang sangat2 memahami dan membantu dalam membuat kerja-kerja rumah. Situasi yang selalu menimbulkan rasa marah ni adalah time balik keja la. Mikael sekarang ni suka sangat menangis. sampaikan aku susah sangat nak masak dan asyik nak berkepit je ngan ummi. pastu mula aku rasa nak marah. sampaikan kadang2 'pokkk' kt kaki dia. pastu aku rs menyesal sbb pokk anak sendiri...kesian Mikael...tiap kali kene ngan ummi..ayahla penyelamat...pi pujuk...

Pagi ni aku cuba google bagaimana mengatasi rasa marah...alhamdulillah..jumpa jugak doa dan kata2 motivasi dari bloggers dan forum2...

kalau kawan2 free, jom tgk2 link ni...
http://waladi-dimalaysia.blogspot.com/2010/03/doa-menghilangkan-perasaan-marah-dan.html
http://www.almuslimin.net/node/3052
http://ntvirus.wordpress.com/2009/04/07/
http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-261895.html

ade banyak lg...tryla google ek...

Di sini aku just nk membuat kesimpulan

Suka saya mengingatkan diri sendiri bahawa perasaan marah tidak membawa kita ke mana-mana. Ia hanya memudaratkan dan menyakitkan. Adakah anda sedar perkara ini? Kadangkala bila kita marah, kita hilang pertimbangan dan cenderung untuk menyakitkan hati orang lain bagi melepaskan amarah kita. Kesan yang mungkin berlaku ialah hubungan menjadi renggang dan orang di sekitar kita pun menjadi kurang senang berkawan dengan kita. Adakah kita akan hidup dengan gembira selepasnya?

Ingatlah apabila kita marah, syaitan sedang menguasai kita, api marah akan terus disemarakkan. Bukan sedikit kejadian ngeri yang terjadi berpunca dari nafsu marah ini. Satu persatu kematian berlaku akibat kegagalan mengawal sikap ini. Andai anda seorang yang pemarah, berdoalah sahabat, hakikatnya Dia pemegang hati, mengadulah pada-Nya selalu agar dibuang perasaan itu dalam hati kita. Insya'allah...Segala yang baik itu adalah daripada ALLAH SWT, dan segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri...

Di sini disertakan doa untuk mengurangkan rasa marah:


A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Tuesday, July 20, 2010

Redemption gift on Huggies Hug Club

Mikael adalah pengguna tetap huggies. sejak dr new born sampaila sekarang dah size XL. tetapi yang sedihnya, kami tak tau pun bole redemp hadiah. kupon point tu plak ade kat plastik beg huggies tu. rugi je selama ni plastik2 tu dh digunakan untuk buang sampah.huhuhu..sayang je...

Aku tau ni pn daripada blog BabyIbu. sian kn...hadiah pn best jugak. budak2 mestila suka kan...so korang jangan buang plastik huggies tu sebelum gunting kupon point tu tau...

untuk details bole pegi sini. pastu click kt Online Redemption Program.

Berhati-hati berkawan

Last week semasa aku tengok newspaper, tiba-tiba terpandang wajah yang sangat dikenali. setelah diamati, ex-officemate rupanya. Dengan tangan bergari, dia dibawa ke makamah untuk dibicarakan atas tuduhan memiliki dadah dan menculik. Hukuman adalah antara hukuman mati/ penjara seumur hidup + sebat. beratnya hukuman kan. bila berborak2 dengan kawan2 yang mengenali, rupa2nya dia tertangkap sekali bersama teman lelaki dan kawan2. teman lelakinya la suspek utama dan dia dikira bersubahat kerana berada ditempat yang sama.masih terbayang2 gelak ketawa kawan aku ni masa keje sini lagi. sebab dia seorang yang hepy go lucky. so macam x sangka perkara tu bole berlaku ke atasnya.

So kawan2, berhati2 dalam memilih teman/sahabat. Environment yang salah kita pilih, maka terpesongla hala tuju kita. peringatan ini adalah untuk aku juga. sama2 la kita perbaiki ek...huhuhu...

Friday, July 16, 2010

Printing Problem from Crystalreportviewer

I got this problem almost 2 month but still can't solve yet. anybody out there have the solution please email me...really2 need ur help.

Case
I'm using asp.net framework 2.0 in vb environment. so for report i'm using the crystalreportviewer to display. then they have their own component to print/export etc...but the button didn't work. when i try on IE, i got "DONE" msg but nothing happen and the report doesn't send to the printer.

another one is, the report loading is very slow...do you have any other way to make it faster to display?

Wednesday, July 14, 2010

SimplyStyleShop 1st Giveaway

Hari ini...dengan rasa sukacitanya nak join Giveaway(GA) from SimpleStyleShop. mane tau kan tiba2 bertuah dapat hadiah GA ni...hehe...hadiah best tau...



jomla join sama2 GA ni, senang je syarat2nya:

1st : Mesti ada Blog masing2 yer - dah ada
2nd : Jadi follower kt SimplyStyle SHOP - dah jadi followwer
3rd : Buat satu entry tajuk "SimplyStyleShop 1st Giveaway" - done
4th : Copy banner atas ni & letak kt sidebar u all & dalam entry pun kne ada banner ni tau -Done
5th : Jemput/tag kan seorang rakan blogger - saya tag qistinacottage



Tuesday, July 13, 2010

Kursus ESQ boleh dilaksana di Malaysia

Korang pernah tak dapat email pasal Fatwa wilayah persekutuan (WP) yang mengatakan ESQ Leadership Training dan Fahaman nya adalah menyeleweng daripada ajaran islam kerana mengandungi ajaran yang bole merosakakn akidah. ada 10 fakta yang terkandung dalam fatwa tu.

Dalam news ari ni pula mengatakan ESQ bole dilaksanakan di Malaysia.

Sebenarnya aku rasa lega juga pasal news ni sebab sebagai alumni ESQ dan MCB, aku rasa terpanggil untuk mengatakan bahawa selama mengikuti training tersebut, x penah pun mendapat apa2 ilmu/ajaran yang bertentangan dengan akidah islam. Bila aku baca 10 fakta dalam fatwa WP tu, tiada satu pun yang aku rasa dapat masa training ESQ tu.

Cuma yang aku x puas hati berkenaan dengan pengikut2 ESQ ni. sesetengah alumni tu macam terlalu fanatik dengan ESQ. Ini mungkin bole memesongkan akidah kita. tetapi semua para trainer amat menekankan, jangan terlampau fanatik, tetapi semua yg baik itu hanya daripada ALLAH, segala kekurangan adalah dari diri kita sendiri.

Monday, July 12, 2010

Rumah sewa

Hari ini nak story tentang rumah sewa. ye masih menyewa lagi.hehe..insya'allah dh cukup budget nak beli rumah. tuan rumah aku sangatla baik hati. siap renovate pagar rumah kasi cantik, tukar semua tingkap, grill pintu. cuma belum cat je lagi. lepas ni akan di cat semua luar dan dalam...baik kan...nanti laman depan tu akan di simen semua.so xde la rumput2 yang bermaharajalela.

Tapi pengalaman aku ketika rumah ni di ubahsuai sangat la serik. bayangkan ballik je rumah aku tengok semua tingkap takde. macam mana nak mandi, tido, makan. dengan rumah berhabuk2 dengan pasir akibat grill untuk menanggalkan tingkap lama. dengan ade baby lagi kan. so my hubby mengamuk dengan tuan rumah.pung pang pung pang. esoknya daripada 2 orang pekerja, tiba2 jadi 7 orang pekerja. sebab kene siapkan cepat. pastu siapla dalam 2 hari. penat nak kemas balik. habuk2 nak bersihkan. 2 hari siap tu just siap pasang border tingkap je. so tutup dengan papan nipis je.kebetulan hujan ngan angin kuat lg, abis tercabut papan...masuk air hujan...

aku dan Mikael plak terpaksa menumpang rumah kakak untuk sementara. kdg2 plak tumpang kejap rumah opismate dkt2 area rumah. takkan nk bawak baby dengan keadaan rumah macam tu.berminggu2 jugakla membersihkan rumah. debu2 yang susah hilang tu. terima kasih sangat2 dengan my hubby. kalau tak kerana dia yang membersihkan rumah, takkan terlarat aku seorang...bayangkan satu rumah penuh debu. ni nak mengecat pulak. janganla diorg kotor2 kan lagi.

pendek kata, rumah memang cantik....tapi....serik plak...nnti kalau dah beli rumah, baik renovate siap2 kalau nak. huhuhu...masalahnya ni rumah sewa...mane nak lari kalau dh mmg tu tmpt tinggal kita...



Sunday, July 11, 2010

Tamat Sudah...

Dah berakhirla piala dunia dengan Spain sebagai juara. aku pn tidak ketinggalan menyaksikan final malam tadi. pastu kat opis tersengguk2. padan la muka. haha...camana nak buat ni untuk hilangkan rasa mengantuk ni. create new entry ni pun sebab nak hilangkan ngantuk.hua hua hua...

okla..kali ni nak cite pasal sibudak Mikael ni. sejak aku berjinak2 dengan penjualan tudung ni, dia sibukla meniru gaya2 ummi dia ni..sebok je nk gayakan tudung jugak. bila aku nak ambil gambar, dia sibuk kaco pi bawak lari tudung. siap main kejar kejar lagi. haha..tergelak aku sorg bila teringat...


comel tak...haha..ni yg rasa nk pregnant lg ni..nak girl plak...
nampak tak gigi geraham dia tu...dh ade gigi utk mengunyah tapi makan taknak...kalau bubur yg kasar skit, di buang nya smula...

Tuesday, July 6, 2010

Novelis Syarifah Abu Salem

Semalam ade pelancaran Sinar Harian Nasional, dan perasmian Karangkraf PEDULI, dan anugerah kepada 7 org novelis...OLEH Pm Najib...so aku bt2 muka x malu bergambar dengan novelis Syarifah Abu Salem...bukan pe, saje bt kenangan..slalu baca buku dia je kn..ni kenal ngan orgnya skali...beliau juga penulis skrip..antara drama yg dh tayang adalah Nenek Kebaya...best kn cite tu...hehe...

bersama novelis terkenal Syarifah Abu Salem..ngeh ngeh ngeh...


1st time tgk najib dekat2..huhuhu..

Sunday, July 4, 2010

Handphone ku rosak...

Sudah lebih seminggu tak dapat call, terima call, msg, terima msg..gara2 handset rosak..screen pecah...semalam en abang sayang dh belikan handphone baru...huhuhu..suka3...

tapi masalah sekarang, segala phone book, mesej sume dlm phone lama...abisla sume contact number...ade kawan2 sms tp x sempat nak save number.adehhh...camana nih! so kawan kawan yang terbaca entry ni, rajin2 la sms aku ye. sorryla number byk hilang. sape2 yang ade sms aku spjg minggu lepas, maafla xde feedback (kalau ade la..ekeke...mcm la ade org sms..)

Thursday, July 1, 2010

ButterflyShop dapat Award lagi...

Terima kasih kepada Qistina's Cottage kerana memberi award Top Blogger Award ni...ButterflyShop yg dapat..tp Tag letak blog sini...sbb xnak beratkan blogshop ku...nnti slow nk load pic...sbb sana kn byk pic...xpe kn kakzie? hehe...

ok jom layan plak soalan2 TAG from kakzie qistina cottage ni..jom!

1. Apakah nama blog anda dan kenapakah anda memilih nama itu?
* semestinya butterflyshoponline

Kenapa pilih nama nih??
* sebab tiba2 keluar ilham nama rama2 dan di englishkan supaya nmpk lg sedap bunyinya. shoponline tu plak untuk friendly google..huhu...

2. Apakah nama link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea nak menamakannya sebegitu...?
* Link blog : http://butterflyshoponline.blogspot.com/

3. Apakah method dalam penulisan anda?
* yang senang org faham..simple dan tidak meleret...

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnyea...
*ish2..tak pernah langsung...

5. Pernah x ahli keluarga anda membaca blog anda dan ape kate mereka?
* pernah2..ermmm rata2 kata cantiknya!...okla kn...huhu...

6.Ape perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punye belog ini burok sedangkan masih ade yang mengatakan belog anda cantek..
*x kisah je...yg penting nk open blog ni laju..x berat sgt...x crouded sgt...anyway i'll improve it!

7. Bilakah anda mempunyai belog?
*blogshop ni baru je lg..tp personal blog dh lama...

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai belog?
* kawan2...

9.Apakah perasaan anda apabila orang asyek mengatakan tentang belog anda disekolah..
*xde kot..

10. 10 orang keatasnya seterusnya untuk di Tag..
*semua org bole ambil award ni ek...
Related Posts with Thumbnails