Thursday, August 26, 2010

Kagum tengok orang arab cakap kelate...

Dulu masa study penah dpt roomate org kelate..tp still xleh kecek gak..skit2 tu buleh la...tp x menjadik gk..haha...

tengokla video ni...ustaz arab ckp kelate beb!

Merdeka !! Meedetahh!! versi Mikael...

mood untuk ber bloging lari la sekarang...that's why x berupdate...tp ari ni teringat2 si Mikael + merdeka...

pagi td on de way pi opis..dengar radio sinar.fm, pastu ada lagu merdeka oleh arwahyarham Sudirman tu..."tanggal 31..bulan lapan lima puluh tujuh....merdeka..merdeka..merdeka...merdeka..."

tak sangka mikael boleh melaungkan Merdeka..walaupun pelat tp ade la bunyi sambil tangan angkat ke atas..hahaha...excited plak aku tengok..

meedetah! meedetah! meedetah!

hahaha..suka suka suka...


Thursday, August 19, 2010

nur_eimi Lucky Draw


Hari Ini nak join lucky draw dari blog nureimi. sebab minat ngan hadiah berupa sebuha buku resepi chef wan..untung2 dapt buku free..huhuhu...syarat pn mudah saje...


ni bukunya..menarik kn? nasib baik sempat join..sbb last date 27 Ogos ni...
layannn..

Wednesday, August 18, 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com



ni buku wardina tu...(mane tau kan bertuah menang buku ni...since mikael ni susah sangat nak makan...i need some materials...)

Ulser Mulut

Salam...

Lama pulak tak update blog ni...Bukan pe, rasa kurang selesa dengan keadaan mulut yang kena ulser ni. bukan takat 1, tapi lebih u...huhuhu...kt lidah pn kena...sebelum puasa lagi dh kena. bila masuk puasa lagi la dia melarat. Ulser ni salah satu sebab kan kerana kurang minum air kan...tp aku rasa dh byk dh minum air..mmm..ntahla...itula dugaan namanya...

Pastu sekarang dah baik sebab mengamalkan makan USANA. aku makan essential + proflavanol. sbenanya lama dah tinggalkan usana ni sebab kadang2 malasnya nak makan...my hubby je la maintain..hari2 makan...hehe...dulu pernah la dengar usana's talk kt PJ tu. ade sorang tu kene ulser teruk sangat dan sentiasa berulang2...bertahun2 kena...tp selepas mengamalkan USANA..alhamdulillah ok dah..tu sebab aku pn cuba la amalkan...dan alhamdulillah juga..kalau tak punya la seksa nak makan, minum..nak ambil air sembahyang pn sakit tau..bila nk kumur2 tu..nak bercakap lagi la seksa...

iklan skit ek : korang dah ade tudung raya ke belum? kalau belum jom singgah sini sat...macam2 ada...

Tuesday, August 10, 2010

Adakah Tidur Anak kita Mencukupi?


Salam Ramadhan semua...

Hari Ini nak story tentang tidur. Adakah anak kita tidur cukup? Budak2 kan...susah nak cukup. memang nak kena latih sejak dari bayi lg. ntah kenapa Mikael sejak dari lahir lagi memang jenis susah tidur. kalau siang tu, sebelum tghari paling lama tidur ada la sejam. pastu petang sejam lagi. pastu malam tidur pukul 10, pukul 6am lebih dah bangun. so kira2 dalam 10 jam la dia tidur sehari. jam paling minima untuk budak 1 tahun.okla kot..huhu...cuma aku la yg penat nak melayan sibudak kecik ni. just imagine sejak lahir macam itu. time berpantang pun tak dapat rehat. penat beb!

Seriusly sejak ada anak ni tidur tak pernah cukup pun. Tambahan pula, si Mikael ni progress dia cepat sangat, kami laki bini memang susah dapat rehat. ye la...umur 2 minggu je dia dh mengereng2 macam nak meniarap. kebetulan pulak beli tilam jenis lembut sgt2 tu. kalau terlebih mengereng akan terlangkupla dia. so kami kena la hati2. lama2 terpaksa tukar tilam. pastu sebelum 3 bulan lg dia dh meniarap. dan seterusnya menyulur, merangkak, bertatih2. masa 8 bulan dan 4-5 tapak berjalan.9 bulan berlari2 skit.sekarang setahun lebih bayangkan je la macam mana lasaknya..haha...mungkin ade baby lain yang lagi pantas progressnya. tp bagi aku yang baru baby pertama ni, macam x terkejar pulak. jeles tgk ibu2 lain yang boleh rehat2 masa awal2 kelahiran. bole rehat2 time anak depa tidur...mmm..tp xpe..pengalaman yg paling berharga bagi kami...Mikael tetap buah hati kami...hehe...

Ni aku nak berkongsi info tentang
Masa tidur untuk anak-anak. ia berbeza mengikut umur mereka.
Berikut adalah panduan masa tidur yang kita perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur 10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.
Selebihnya kitaperlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.
Ajar anak kita untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur
bergantung pada pukul berapa kita mahu mereka bangun.



terima kasih kepada www.didikanak.com kerana memberi tips ni...

Thursday, August 5, 2010

Menasihati Anak Agar Tidak Degil


Hari Ini...dengan sukacitanya nak berkongsi info tentang bagaimana untuk mengurangkan degil pada orang yang kita sayangi. tidak kira la anak/suami/isteri...

1. Semasa anak atau isteri/suami kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Sama-samala kita berusaha ke arah kebaikan..Amin...

Melawat office ayah...

Ahad ari tu(1/08/2010) kami ikut ayah pegi keje disebabkan boring sangat dirumah. dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. yang bestnya kt sana tiada orang bekerja dan ade mesin air free la...haha..sama macam tempat aku ni haa..tapi berbayar...

so aku macam biasa kepenatan sebab mengejar Mikael..merata dia jelajah. risau tempat orang kan. buatnya rosak barang opis, niaya jek...huhu...


abis suma almari dia selongkar...


bercakap sorang2 dalam telefon..siap gelak2 lagi...


nasib baik ade meja kosong...bole main situ...


nak balik dah...lapar time ni sbb lum makan..kasi chance kt ayah siakan keje dulu...

Wednesday, August 4, 2010

Best dapat jumpa kawan lama

Sabtu lepas(31/07/2010) plan nak balik banting...tp last minit hubby kene keje plak. kene siapkan proposal untuk client dari arab saudi...boringnya duduk rumah bersama Mikael sahaja...
Nasib baik tengahari tu dapat call dari Laili (member rapat ms study dulu) kata nak datang rumah...huhu..happy sgt walaupun laili dpt singgah sekejap je...so sempatla bersnap2 skit..hehe...sorryla laili kalau pic kurang memuaskan...Ali Danish bole tahan lasaknya...padanla laili dh kurus skit berbanding dulu..hehe..jgn mara ek laili...sbb dulu masa jumpa ko kt klcc, rsnya lagi berisi...hehe..


mak2 kemain berposing..anak nk gaduh plak...


main sama2...


baca buku sama2...


eh! berebut plak buku yg satu..hehe...


Ali Danish yg comel...aku suka tgk mata dia...dapat dr maknya...

Monday, August 2, 2010

Pemberusan gigi anak - bagaimana?


Hari ini nak berkongsi info pasal pemberusan gigi anak ni. since Mikael tumbuh gigi seawal usia 4 bulan, aku terpaksa la google bagaimana nak menjaga gigi anak sejak dari kecil.

Jika bayi di bawah 1 tahun, seelok2nya selepas minum susu, diberi minum air kosong/suam supaya menghilangkan kesan susu yang tertinggal pada gigi. Tetapi masalah juga terutama pada waktu malam. Biasa Bayi akan tertidur ketika minum susu. ataupun sesudah susu habis. So terpaksa la membeli berus gigi yang lembut, samaada yang boleh sarung pada jari, ataupun jenis batang. Tetapi di usia ini, masih tidak sesuai untuk menggunakan ubat gigi walaupun low florida.

Tetapi aku sudah menggunakan berus gigi bersama ubat gigi tanpa florida ketika Mikael 8 Bulan lg. Ini kerana gigi dia sudah 8 yang keluar (4 bawah, 4 atas). tapi letak sikit je. kadang2 guna kain lembab je untuk gosok gigi dia sebab dia x suka gosok gigi.huhuhu...

Sampaila sekarang usia sudah setahun 2 bulan , masih meneruskan guna berus gigi + ubat. Dan gigi sudah pun 12 batang ( 6 bawah, 6 atas)..tak lama lagi akan jd 16 batang sebab dah nampak gigi taring atas bawah nak keluar..huhu...yang menariknya gigi Mikael ni keluar mesti berpasangan...atas,bawah,kiri kanan akan keluar serentak...memang gitu la kot kn...hahaha..excited plak...cuma lidah je aku x berani nk bersihkan..kene balut kain tebal2 kat jari baru berani nak jolok lidah dia..sebab hobi Mikael menggigit dengan sekuat-kuatnya...mmm..lebam beb kalau kene..haha...
Related Posts with Thumbnails