Wednesday, December 14, 2011

LIMA 2011 LANGKAWI

Percutian kami ke Langkawi sempena LIMA 2011. 7dec2011-10dec2011...Dari rumah ke lcct kami naik teksi je sebab pegi hari rabu, so tiada orang yang boleh hantarkan. tambang dalam rm55 kalau tak silap. Nasib baik dah check in online siap2 sebelum pergi. sampai sana terus ke kaunter luggage. siap! senang je kn...


Dalam flight pulak, macam biasa la hero kesayangan saya ni tak boleh duduk diam.meronta-ronta nak bebas. taknak pakai tali pinggang tu. nasib baik ada samsung galaxy tab. leka la dia main angry bird. huhuhu...Flight kul 2pm..so sampai sana dalam pukul 3pm. kira dah petangla kalau nak jalan2. so singgah makan laksa jap, terus pegi check in hotel. stay di Tanjung Malie. betul2 sebelah pantai cenang. memang carik yang dekat ngan pantai. senang nak gi mandi. jalan kaki je dalam 100 meter.


Hari kedua kami pergi naik cable car. memula takut gak nak naik memandangkan hero kami ni terlebih berani. risau gak. last2 naik jugakla...Mikael memang excited. dia buat hal dia je kat atas sana. turun naik...turun naik...

Pastu kene cubit ngan ayah dia, terus merajuk, nangis...ye la...mane taknya, kite risau sebab tinggi, dia boleh suka2 je nak manjat2 ni...geram betul...tak tau takut langsung....

Pic di atas tu dia tengah merajuk..amik gambar pun x mau...haha...


Merajuk kejap je..pastu dia buat aktiviti dia balik..ummi plak yang kena ikut dia mana dia pegi...peliknya, sentiasa bertenaga pulak tu..padahal tangga tu tinggi jgk..mengah jugakla sume orang...


Petang tu pulak pegi lawat kapal maritim,kapal selam...then pegi bandar kuah..ingatkan nak shopping..tapi sempat beli coklat2 je...

malam tu pulak pergi rumah zana(azma jup) kawan lama masa satu U dulu...dia memang orang langkawi...lepas jadi cikgu, dia ngajaq sana la..pekat loghat dia naa..hehe...zana masak banyak..makan besar kitorg..kekenyangan..TQ zana...seronok dapat jumpa kawan lama....

Hari ketiga, Pameran LIMA 2011 dibuka untuk orang awam. so kami pun bergegas pagi2 lagi sebab takut orang ramai. sampai je memang orang dah ramai...tapi bestla sampaikan muka abis sun burn sebab tengok persempahan jet pejuang.excited...

Balik tengok LIMA, baru boleh mandi laut..best sebab cuaca tak panas...dahla muka memang dah sun burn...

Hari ke-empat, Nak balik dah..flight kul 12pm...tergesa-gesa....pastu terlambat...xleh check in..kene la ke kaunter mintak print tiket..hehe...dia kata "dah lambat sangat ni encik..tp nasib baik booking ni memang dh lama buat, so tak perlu bayar pape..."


So next LIMA adalah pada March 2013...husband kata nak pegi..tapi aku cam malas...leceh la...penat...

Monday, November 14, 2011

Home made Coklat

Hari ini entry tentang coklat. dah lama nak try buat sendiri tapi tak jumpa resepi. Pendek kata, minggu lepas terjumpa resepi yang sangat senang daripada hasnidaomar. just guna coklat bar Compound. Then cairkan guna double boiler. then masukkan dalam acuan(dipanggil Mould). finish! dah siap! so aku pun tryla ahad lepas...hehe..hasilnya sedap jugak...cuma cam keras skit kot..next time nak carik mould yang lebar dan nipis cam coklat yg jual kt kedai tu dan nak letak kacang banyak2 supaya rasa lagi sedap. coklat bar yg aku beli pun masih banyak lagi. baru guna 2 bar daripada 5 bar.

so ni pic hasil dari dapurku..huhu...cuma lupa nk ambil gambar hasil akhir..aku beli acuan rose...dan ada acuan macam gula2 ada batang tu...next time nak try letak color2 plak...


cairkan coklat guna kaedah double boiler


Mould tu baru beli..hehe...barcode dia pun malas nak cabut..hehe...

Mula2 masukkan coklat separuh acuan je.
pastu sejukkan dalam peti ais dalam 3 minit untuk dapatkan hasil yang licin skit.
lepas tu masukkan badam yang telah dipanggang.
seterusnya masukkan coklat penuhkan satu acuan tu...
sejukkan dalam peti ais...

Sunday, November 13, 2011

Cheese Cake

Sempena 4th anniversary ni, aku try buat cheese cake lagi. tapi cheese cake kali ni kira 1st time try ni. kerana terliur tengok imma buat..hehe...papepun tetap berbaloi sebab sedap sangat dan nak buat pun senang. tak perlu bakar pun. buat hari sabtu, then ahad dah abis di makan. my hubby dan mikael suka sangat. asyik ulang2 makan je. risau jugak aku, sakit perut plak mikael ni nanti. but so far alhamdulillah...elok je dia..hehe...


kek senget atas pinggan tu...so jem dia pun tak balance..hehe...tak perasan plak senget...


nyum nyum...resepi saye refer dari blog imma dan kak hana...

Pastu ahad tu plak aku try home made chocalate...best...nanti letak kt next entry k...huhu...


BBQ @ Raya Haji

Raya haji lepas (6/11/2011) kami sekeluarga buat BBQ...saje je buat...sebab kakak dia dapat bonus banyak. so dia belanja kami semua ikan yang di bakar sendiri.hehe...nak makan ikan bakar kat luar susah skit. sebab ada 4 hero cucu pak tahir ni kan...out of control la nanti.hehe...sebenarnya ni kira aktiviti wajib kami adik beradik kalau ada cuti panjang. mengeratkan siratul rahim sebab jarang2 boleh balik kampung ni...pastu jemputla jiran2 sekali.gambar pun tak banyak ambil.sibuk makan je.


IKAN TERUBUK, IKAN KERAPU, IKAN SIAKAP...Ada 7 ekor semuanya..puas makan...


ramai sbenanya..tp suma malu2 kusing nak bergambar..hehe...

ni la 4 hero cucu pak tahir...

Thursday, November 10, 2011

My 4th Anniversary




9.11.11 adalah hari ulangtahun kami suami isteri yang ke empat. Rasa kejap je dah 4 tahun..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun kadang2 ada tergigit lidah jugak. tapi biasa la kan...asam garam rumah tangga. so target lepas ni nak tambah bilangan ahli keluarga. Semoga kami dikurniakan rezeki anak lepas ni dan sentiasa bahagia hingga akhir hayat.

Takda majlis pape pun meraikan anniversary ni. Insya'Allah esok nak buat kek. lama dah Mikael tanye bila nak buat kek. huhu...sian dia..ummi buat kek bila ada hari special je...

Monday, October 31, 2011

Pic Mikael HFMD

Hari ini nak letak picture mikael masa kene HFMD ari tu. Korang yg tengok jangan geli plak ek..it's just a bintik2 merah..hehe...

kali ni teruk bintik2 merah..penuh tangan kaki dan mulut..




dalam mulut dan di luar mulut pun penuh bintik2 merah + ulser





Sekarang ni tak berani nak bawak mikael pegi tempat ramai2 orang. tempat permainan pun tak berani. sebab sebelum kene ari tu, kami bawak mikael shopping dan sebelum balik tu, kasi dia main kejap kat tempat permainan untuk kanak2 yang kene bayar 1 coin setiap permainan tu. mikael suka main boling dan bola keranjang. Bukanlah hendak menuduh mana2 cuma kami kena lebih berhati2 la lepas ni.

Semoga Mikael sihat sentiasa. dia ni pelik+cerewet skit. tak suka makan nasi. hanya susu je la. kalau mee sup, dia makan la...pendek kata, dia suka yg sup2 je without nasi. so letakla mee sebagai ganti nasi. tu sebab badan mudah kene virus kot. abis dah kurang zat makan.

Baru2 ni pulak kene cirit birit. Masa pagi hari tu hantar la seperti biase ke umah pengasuh. Tiba2 depan pintu dia muntah. tiba2 plak lepas mikael, sorg lagi budak kat situ muntah2 jugak. so tghari tu ada lagi muntah2. so bawakla pegi klinik.Tp mikael ni macam ade sembelit(berak keras) skit, so sebab tu lambat skit kot cirit birit sebab keesokan hari baru dia berak2. Ape la mikael ni  makan kn hingga muntah2 camtu. ayah mikael ni, since dia pun tabiat mmg suka basuh tangan, so Mikael pn dah diajar sama. cuma tak pasti la kat rumah pengasuh macam mana...ishhhh..kalau bleh taknak la buruk sangka...rumah kite pn bukanla bersih sangat pun...




Monday, October 10, 2011

Mikael masuk Wad lagi!

Rabu lepas 5/10/2011, mikael demam. tapi cuma demam biasa je. then esoknya(6/10/2011) aku pun hantarla dia ke rumah pengasuh. dalam perjalanan tu, aku perasan tangan dia macam ada ruam-ruam. Then tengokla mulut jugak. takut ada tanda-tanda HMFD(hand, mouth & Foot disease). sekali tengok tapak kaki, pun ada ruam-ruam.cuma tak banyak lagi. so rasa risaula sebab ada tanda dah. Sampai je kat rumah pengasuh, mintak dia mandikan jap, terus pegi klinik kat shah alam. So doctor keluarkan surat suruh refer ke hospital Putrajaya(aku yg request kat putrajaya sebab dekat ngan rumah.hehe...).

So terpaksa kami suami isteri cuti emergency, sama-sama ke putrajaya. kitorg memang dah budget kene masuk wad Mikael ni. so siap2 prepare barang untuk tinggal lama kat wad. Sampai putrajaya, disebabkan ada surat daripada docktor klinik, kami dapat terus ke emergency line. Doctor sana cakap ni tak serius. x perlu masuk hospital dan hanya perlu duduk dirumah sahaja kerana sakit ni boleh berjangkit. just bagi ubat demam je. nanti diorg akan hantar inspektor kesihatan mematau di rumah, dan mengajar cara-cara membersihkan rumah dengan betul.(tapi sampai hari ini masih tiada sesiapa memantau..hampeh ye dak!!!)

Khamis malam tu, my hubby dah kerisauan sebab ruam2 makin banyak, ulser dah memenuhi mulut serta diluar mulut skali...susu dia dah tak mau minum. So kami pun bergegas ke klinik pakar kanak-kanak. Doktor bagi pilihan sama ada nak stay umah dan beri antiviral sendiri ATAU duduk hospital dan nurse pantau. so kami decide duduk hosp sehari je sebab aku kene keje, hanya hubby jaga sorang2. kalau duk hosp, at least makan minum terjaga, kebersihan terjamin.

Masuk hari kedua, ruam2 makin banyak, dan besar2. macam chicken pox pun ada...macam campak pun ada...cuma pada part2 tertentu je.so simptom kali ni berbeza sikit banding kali pertama kene dulu. So Mikael kene drip kt tangan sebab kene masukkan antibiotik terus ke darah supaya cepat elok. Bila check2 darah, doktor detect satu lagi virus dalam badan, that's why kali ni teruk sikit. so isnin baru la Mikael boleh keluar dari wad. ini bermakna aku tido wad selama 4 hari.huhu.

Hari ini Mikael masih kene kuarantin. atok Mak jaga dia(mak aku le tu...huhu...). atok mak cakap mikael ni baiknya...dengar cakap....hahaha...pandai kan mikael berlakon. tapi normal kot budak-budak ni kalau depan parent dia, ade noty2 skit.huhuhu...aku cakap kat mak, "mak bawakla mikael ni duk jelai nun..." mak aku ckp, hitamla dia kalau duk jelai nanti..hehehe...xpela..boy kn...ape masalahnya gelap pun...

Monday, September 26, 2011

Tuesday! Hari yang ditunggu...

Hari ini adalah hari selasa...hari yang aku nanti-nantikan setiap minggu sebab hari ini ada drama suria di cordoba...hehehehe...suka dengan semua pelakon yang ada dalam drama ni. Biasanya esok mesti download cepat supaya boleh tengok lagi. so aku adalah follower PerekaCerita yang selalu melawat...huhu...


Drama baru Cinta Elysa kat tv3 tu pun best jugak. walaupun aku tak suka fsha sndha tu, tapi jalan cite best. so tengok jugaklah. kalau tertinggal tak sempat tengok, esoknya time rehat, cepat-cepat buka MalayMoviesFull online. kalau tuan blog dah upload, bolehla tengok. kalau tak, tunggu la esok2. mesti ada...huhuhu...

Monday, September 19, 2011

Open House IT

Semalam 19sept2011, department aku buat open house dan bergabung dengan admin dept. Start kul 12 tengahari hingga 4 petang. Yang menariknya, semua makanan adalah home made...huhu...so setiap orang perlu sumbang tenaga la masak2 skit di rumah. aku pun tidak terkecuali la kan. so aku pun buat marble cheese cake. disebabkan baru lepas buat kek hubby ari tu, so buat marble cheese ni guna tepung kek. so hasilnya amat memuaskan hati. ye la..tepung bagus kn...huhu..selalu guna tepung gandum jaa...boleh refer resepi di sini


skit je cheese kat bawah dia..hehe...home made dan dibantu oleh my asst.Mikael...


ni je la pompuan kt IT tu...bidang ni kebanyakan org lelaki monopoli...tp x tau la kat tempat lain...


ni cik isniza...dia ni la paling ceria dan menceriakan orang lain di sini..tgkla tu senyum smpi ke telinga...hehe...


yg baju putih tu owner karangkraf...


bosses...trip terawal dtg mkn...


then baru la kite2 ni boleh makan...huhu...macam2 ada...nasi beriani gam daging, spagetti, ketupat, desert, buah2,kuih raya, kari kambing pun ada...petang tu stat pening kepala, sebab banyak makan kambing...



Raya 2011 - Episod 2

Kali ni betul2 entry Raya plak...episod 1 just intro je..hehe...tapi gambar pun tak banyak...harap kat hubby je yang ambil...kalau dia x ambil, takde la gambo...

sesi bermaaf-maafan pagi raya...macam nak nikah je my hubby tu...huhu...








ni kat muo..baru lepas makan asam pedas muo...





Sunday, September 18, 2011

Happy Birthday to my beloved husband

Happy belated besday kepada suami tersayang...14sept ari tu...semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan beroleh ketenangan dunia akhirat...semoga ikatan cinta kita sentiasa mekar...semoga kita sekeluarga sentiasa ceria dan gembira selalu...

sempena besday hubby ni, sempatla deco kek skit...1st time ni buat ni..huhu..nasib baik sedap dimakan..walaupun rupa tidak kelihatan enak...hehehehe...


RED VELVET CAKE- tapi red terlebih...nampak kehitaman skit..huhu


maafkan saye..1st time bt kek deco2 ni...huhu...xde seni...


hubby kata...cheese sedap...patutnya lebih kan cheese..kurangkan kek...okla..lenkali saye lebihkan cheese ye...

Refer resepi di sini. Kredit to kak Hana sbb kongsi resepi yg sedap ni...hehe..

Wednesday, September 14, 2011

Gelagat RAYA Mikael 2011...

Entry ni khas untuk mikael. bukan ape...kebanyakan gambar adalah gambar dia je kn.so letakla entry khas. bila dia dh besar nanti boleh la tunjuk kat dia. Tahun ni tahun kedua beraya, dan tahun ni jugak dia dah start main mercun dan bunga api. so aksi jakun/gayat amatlah terserlah.hehe...hinggakan aku ni yang serik terlebih nak tengok budak2 main mercun. Gara-gara husband bakar mercun besar(yg meletup mcm mercun tahun baru tu), tapi mercun x naik malah kejar tuan balik...hahaha...pastu mikael dekat sangat masa time mercun meletup. nasib baik x kena dia dan nasib baik jugak mercun x meletup dalam rumahku di Jelai...sipi2 je sebelah rumah dia meletup...


nak buat ketupat pun susah...jadi lambat siap...sbb mikael sibuk kaco...





control macho


usha awek..hehe

bila org dh ramai...dia jd takut + malu2...duk bergantung kat ummi jek..


sampai nak salam pun susah






mikael suka baby...di cium2 nya baby..tp ganas skitla caranya..hehe...


pergi beraya, dia yg naik dulu...




pantang jumpe kucing....


nmpk tak tgn kanan dia diplaster...sbb tgn tersepit tingkap kete...budak baik..cenggitu ler...


keletihan


mesti ikat, so ummie leh rehat kt belakang...




mane mercun lagi? asyik nk main mercun jek..tp penakut...dia tgk dari jauh je...


adakah mikael sudah bersedia untuk dapat adik..hehe...

Related Posts with Thumbnails