Sunday, June 26, 2011

@Alamanda bersama Nana & Wani

Assalam...

Sabtu lepas aku ngan Mikael ke Alamanda putrajaya sebab ade date dengan Nana ngan Wani (kawan masa belaja kat bangi dulu...). Berdua je pegi sebab ayah mikael ade treasure hunt dan boling..opis dia punya event. Sebelum pegi siap2 kasi Mikael makan tengahari...senang nanti nak berjalan...susah ni berdua je..ibarat sebelah kaki je berjalan..haa..camtu lah sebab selalu ayah mikael yang tolong jaga budak bertuah ni..almaklumla...lasak kemain...

Sampai2 sana...bermula la ekspedisi kami...huhu..makan dekat MCD je sebab ade tempat main untuk kanak2 kn...so aku n geng bole la borak sakan...cite2 zaman dulu2...10 years ago...huhu..

jumpa nana yang tengah pregnant 5 bulan..tapi perut tak nampak sangat...jumpa Auni(anak nana) yang tersangatlaaa cute...geram tengok...jumpa wani yang maintain slim...hehe...aku jugak yang dah berisi skit kot...nana pun kurus sikit banding masa last jumpa dia dulu...agaknya kalau bukan sebab pregnant, mesti dia kurus lagi kot...

Next time bole la plan jumpa ramai2 skit kan..sorry la pada kawan2 yang tak dijemput..sebab perjumpaan ni pun last minit...tiba2 je kebetulan masing2 free...

Bersama nana dan Auni

Auni yang cute...pandai bergaya depan camera ni...hehe...

bersama wani yang maintain slim...mikael maintain muka boring..sbb nak bebas tak dapat...haha...

Tuesday, June 21, 2011

Jom Masak...

Hari ini nak cite pasal masak2 la pulak...hehe...pasal hero Mikael ni la...tak tau la nape dia suka sangat memasak. sejak dia kecil lagi...pantang aku ke dapur. dia mesti sibuk sama...sampai la sekarang..."ibu..jom acak..jom acak"...takkan aku nak beli mainan set memasak tu kot...taknak la...haha...

Kalau dengar perkataan jom masak je...terus dia "jom..jom..." siap tolong basuh pinggan la..walaupun tak bersih..tolong tumbuk bawang la...dah boleh harap dah sekarang...hehe..lepas makan siap buang sisa makanan ke tong sampah, dan siap nak basuh pinggan sendiri...tu la kan...budak2 ni mudah mengikut apa yang kita buat...tapi rimas budak2 sibuk2 kat dapur ni..serabut...

2 minggu lepas tangan kena panas..sebab dia pegang dapur masa tengah panas...haaa...baru tau..selagi tak kena kn...akit..akit..so kasi dia main air..kurang skit rasa sakit tu...


Thursday, June 16, 2011

With Upin Ipin



Hari Ini bersama Upin dan Ipin...hehe
Semalam ade fotoshoot upin ipin kat office aku ni...so aku pun ngendeng2 la bergambar skali..menumpang la maknanya tu. mengalahkan budak2 kan...ngan mascot pun nak bergambar...saje je kn...korang ade ke? xde kan...haha..saje nak berlagak..jgn mare....

Sejak ada anak ni, suka sangat tgk kartoon...ape2 kartun sume suka...termasuk upin ipin...siap tunggu depan tv setiap sabtu kul 6.30 petang...

Tuesday, June 14, 2011

Android Tablet


Hari Ini berasa happy sangat kerana telah berjaya mendapatkan sebuah android tablet yang sederhana. but for me it's really good coz we can use wifi, usb, ethernet,3G, camera,video,games and of course surfing...hehe..

Okla kan...orang lain sume beli iPad, samsung galaxy..aku beli android yang berharga RM370 je. murah kan? asalnya niat beli adalah untuk Mikael tengok movie/etc sebab portable dvd player dah rosak. tapi rupa2nya charger dia yang rosak. semalam baru perasan sebab charger android tab sama bole guna.try2 bole pulak...hehe...so ayah Mikael kata, Andriod ni hadiah utk ummi la..hahaha..sukanya..sukanya...next time nak try update blog guna andriod la...


Kalau sape nak tengok2 or nak beli yang murah2 je..tgkla kat lelong.com...banyak giler..kalau ada budget lebih belila iPad/samsung galaxy..sebab spec dia lagi banyak dan bagus. serta puas hati la...aku beli kt sini...online...pastu x lena tidur, x tenang nak buat keje..gara2 menunggu barang yang lambat sampai...bukan org sana lambat hantar..tapi pos laju ni la..anta lambat...

Kasih Yang Suci



Novel Kasih Yang Suci, penulis Meen Zulaikha. Sape dah BACA? aku dah baca dh..ni pun gara-gara cite Nora Elena yang sekarang disiarkan di TV3 jam 7 pm, Isnin - Khamis. Juga gara-gara tak sabar nak menunggu cite nora elena abis.

so aku beli pun beli la novel ni dengan harapan dapat tau jalan cerita dan penamat...hehe...tapi sebenarnya cerita nora elena kat tv tu lain skit. ye la kn..supaya tidak terlalu over seperti dalam novel tu. Dalam novel, Seth tu romantik giler, kejap2 peluk, cium.haha..kalau nak lakonkan betul2 ikut novel, mau kena band drama ni...

Disebabkan cite tv tak sama ngan novel, maka aku pun tertunggu setiap episod kat TV3 seperti orang lain jugak..ekekeke..tu je motif nak bagitau untuk entry ni...

sekian...

Friday, June 10, 2011

Mikael @ my Office

Pada 27 May lepas, Mikael terpaksa ikut aku ke office sebab babysitter minta cuti ade urusan peribadi. Oleh kerana aku dah apply cuti next 2 days after tu nak ke Lumut. So tak dapatla cuti lagi...bayangkan budak sepanjang hari kat office. sure dia akan boring kan.

Nasib baik office aku tak kisah bawak anak. kira boleh consider lagi la...pagi2 dh bangun siapkan makanan dia, nugget, mee goreng, bekalan susu, botol susu, baju, pampers. semua keperluan perlu ada. Pastu mandikan siap2 then baru boleh pergi kerja. kul 9 baru sampai office. hahaha...terlewat la tuh!

Macam2 ragam dia kat office. kebetulan depatment aku memang dalam sebuah bilik yang mana pintu boleh kunci. So dia tak bole la lari keluar suka suki. Tapi bila ada orang masuk keluar, berlari-lari lah dia nak keluar sama. Bila dah dapat lepas, jauhla dia lari. sume orang gelakkan aku mengejar anak..haha...sabar je la budak bertuah ni...tapi terhibur jugak dengan gelagat dia. siap mengemas bilik lagi...

penat menyusun kotak-kotak tu






susah nak amik gambar dia...

Sunday, June 5, 2011

Trip ke Setiawan, Lumut.


Penghujung May kami sekeluarga pegi setiawan sebab kawan hubby kawin. so Alang2 trip jauh, bermalam la skali kat Teluk Batik Resort(TBR) selama 3 hari 2 malam. TBR ni adalah merupakan sebuah hotel. Mulanya nak sewa chalet yang dekat dengan pantai. Tapi takde rezeki sebab dah fully book.

Anyway TBR ni best jugak sebab biliknya yang selesa, bersih dan ada swimming pool di mana betul2 sebelah dengan cafe. Yang tak sedapnya, setiap kali nak breakfast(sebab dapat breakfast free), Mikael mesti nak mandi. Dia kan tak bole nampak air. so nak makan pun tak tenang. just ala kadar je sebab risau dia mandi sorang2. so kami gilir2 la makan.

Hari pertama sempat jugak mandi kat swimming pool walaupun sekejap sebab sampai pun dah petang. Itupun pasal Mikael meronta2 nak mandi... ye la..pergi kenduri kawin kat setiawan lagi. kat umah kenduri plak satu hal, mikael berlari2 bebas kat sana. nasib area taman takde kereta laju2. maybe sebab boring duduk dalam kereta lama sangat kot..huhu...so malamnya just shopping makanan skit2...

nampak tak tu mikael jauh dah ke depan. kitorg tak sempat nk ready, dia dh lari2 awal2.hahaha..



Hari kedua pagi2 dah bersiap nak pergi breakfast. Sampai cafe, rupa2nya ramai dah dan ramai yang dh stat mandi kat swimming pool. Mikael ape lagi, menjerit2 la dia nak mandi jugak...
Tengahari pulak pergi lumut jalan2 tepi laut, tepi jeti..ingatkan nak pegi pangkor balik hari. tapi malas plak pk2 mikael susah nk kawal...so jalan2, cari makan, petang mandi laut, malam makan ikan bakar..best giler...







Hari ketiga sebelum siap2 nak balik, lepas je breakfast, Mikael dan ayahnya sempatla mandi kat swimming pool jap...last kan..kasi mikael puas...sampai kecut2 la tangannya...yang tak menariknya, aku hanya pemerhati jek..haha....x mandi lansung kat laut mahupun swimming pool...x suker la...


Friday, June 3, 2011

Safety Harness


Hari Ini nak story tentang safety harness atau alat keselamatan untuk kanak2 yang sedang membesar...last week aku beli Monkey 2-in-1 Safety Harness Bumble Bee dari mybbstore online. Ini gara2 kesukaran mengawal Mikael budak bertuah ni la. Dia kan suka kebebasan, tak suka orang pegang dia, suka mengexplore persekitaran. kalau dia dapat bebas, dia tak hirau orang lain dah. tak heran kat parent dia dah. tu yang risau kalau dia hilang. dahla kalau pergi Giant, memang selalu hilang.

So dengan harapan yang tinggi bende ni boleh membantu mengawal Mikael ni, aku pun beli la. So weekend lepas jugak pertama kali test ok ke tak...huhu...tapi dukacitanya, tak boleh control jugakla. Mungkin untuk budak lain ok la kot, tapi tidak Mikael. dia yang tarik aku. bukan aku yang tarik dia. ye la...bila dia xleh bebas, dia akan menjerit2 smpi aku segan ngan orang sekeliling. nampak macam tambat binatang ler pulak...hehe...tapi mikael ok sebab dia nak pakai setiap kali keluar, cuma dia tak suka kalau aku sekat2 dia nak lari2...

Susah kan...kita sebagai ibu bapa ni sentiasa risau takut anak dapat ape2 yang tak elok. Moga dia faham la nanti bila dah besar kenapa kita buat camtu...



tali yang melilit kepala monkey tu patutnya ibu yang kene pegang..pjg la jgk talinya...


nak bebas


masa bari smpi hotel, dia nmpk swimming pool...terus nak pegi sana...


terpaksa cabut tali tu yg pjg tu...


Related Posts with Thumbnails