Thursday, July 28, 2011

Mikael masuk wad

Isnin malam ari tu, mikael kene masuk wad kerana jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. kalau ada kawan yang lupa, virus ni pernah melanda sarawak beberapa tahun lepas. Tapi nasib baik penyakit ni baru permulaan kerana kami cepat bawak dia ke paed.

Tanda-tanda adalah
- demam panas yang berulang2
- air liur meleleh je..mungkin sebab sakit dalam mulut tu...
- bintik2 merah seakan-akan ada air dalam tu pada tapak tangan dan kaki...
- bintik merah dan ulser penuh dalam mulut..kat lidah, lelangit, bibir...sian kan budak2 kene...nak minum susu pn x boleh...

Kalau orang dewasa yang kene takpe sebab daya ketahanan kuat..ni budak-budak bahaya..perlu dimasukkan ke hospital sebab panyakit ni berjangkit, perlu masukkan air dalam badan sebab mikael x boleh makan dan minum..perlu suntikan antiviral, antibiotik...untuk melawan virus tu...namanya coxsackievirus...ni kira x berbahaya..tapi kalau dijangkiti virus enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya...

Then bermalam la kami dihospital Colombia Asia puchong..nasib baik under AIA insurance...ini sebab kami pegi PAED kat puchong, so dia suggest masuk colombia. so disebabkan dah malam masa tu, kami pun setuju je la. sebab risau kan anak sakit. Mikael ni dahla lasak, satu hospital tu dia round sambil pakai drip air tu(yang air tergantung masuk kat tangan tu...) so jalan la sambil bawak besi pemegang air tu..haha..nantila aku citer detail bila ada gambar nanti...baru nampak skit...

Khamis tengahari baru dapat keluar daripada hospital...Thanks pada parent aku dan adik beradik yang datang melawat dan memberi support...really appreaciate it!
juga pada kawan2 dan sedara mara dan ipar duai yang concern...

Nanti next entry aku cite pengalaman kat colombia asia hospital...dan Drip air kat tangan mikael tersumbat gara2 lasak sangat...huhu...

Monday, July 18, 2011

1st Giveaway by Cempaka Kuning



Assalam...Hari Ini kene Tag menyertai Giveaway by Cempaka Kuning...maka dengan berbesar hati aku join Giveaway ni..mana tau ade luck menang hadiah kan...dah lama tak join mana2 contest...

Pada sapa yang nak join boleh lagi sebab tarikh akhir pada 17 Julai 2011..so boleh klik sini untuk tgk syarat2 nya...

Last syarat, aku kene tag kawan2 la..sorry pada kawan yang kene tag..harap tak menyusahkan anda...huhu...
Aku Tag Cik Tney dan kak Zie dari Qistina cottage


saje letak pic sebagai perhiasan...hihihi...

Wednesday, July 13, 2011

Oh Anak!

Hari Ini terjumpa 1 cerita yang amat menyentuh perasaan. cerita mengenai anak2nya yang lasak semasa kecil, dan sekarang semua dah besar menjadi anak yang berguna. Pelbagai dugaan yang ditempuh semasa menjaga 6 orang anak.

Terus teringat kisah aku pagi tadi ketika membawa Mikael pergi klinik kerana demam. lately ni mikael selalu demam malam. sejak jumaat lepas dan yang aku perasan selang 2 hari mesti demam malam. So pagi td sebelum ke office, bawa mikael ke klinik kat puchong. masa sampai tu ade la dalam 5 keluarga menunggu. ada jugak kanak2 yang sebaya mikael dan mungkin juga lebih tua dan muda.

Maka bermula la aktiviti mikael sementara menunggu giliran. ke depan...ke belakang klinik...panjat kerusi...yang paling aku tak tahan dia kacau orang. mak budak tu dah jeling2 aku. tp tak lama, 10 minit lepas tu diorang balik dah. tak lama tu datang pulak sekeluarga yang ada anak2 lelaki. dipendekkan cerita, mikael ni kacau anak orang tu, dan disembur2 air liur pulak...maknya dah buat muka dah.oleh kerana tak tahan lama sangat menunggu giliran dan tak tahan karenah mikael ni, aku terus keluar masuk kereta.(punye la lama setiap patient jumpa doktor..yang datang kemudian pun dapat masuk dulu...mungkin ade appoitment kot. dtg dalam kul 9. smpi kul 10.30 pn tak sampai2 giliran. dah macam klinik gomen pulak...). Termenung sekejap dan menitis air mata ni kerana sedih dengan suasana tadi. Rasa geram...menahan diri daripada marah anak. menahan diri untuk tidak mengeluarkan ayat yang tidak sesuai ketika hati dikuasai sedih dan amarah...

Hakikatnya, mikael terlalu aktif dan susah nak control. tambahan pergi berdua je. Terus cancel nak jumpa doktor dan postpone balik keje nanti. pergi sekali ngan ayah mikael...aku hanya mampu berusaha mendidik di samping berdoa semoga Mikael menjadi insan yang baik dan berguna bila besar nanti.

Mikael ni bila aku marah, dia akan pujuk aku sampai aku tersenyum smula...itu la istimewanya dia...walaupun marah dengan karenah dia, aku tetap sayang. kalau pukul pun, itu hanya untuk mengajar...

Thursday, July 7, 2011

Gara-gara BERSIH 2.0


Minggu ni kedatangan aku ke office merah je..gara2 traffic jammed..menyusahkan orang betul la..ni sume gara-gara BERSIH tu la..so polis buat roadblock sana sini...Ade member siap cuti ari ni sebab takut kacau bilau gara-gara perhimpunan BERSIH ni.

Persoalan...

1) Kenapa perlu buat Roadblock?
2) Kenapa mesti buat perhimpunan di stadium merdeka iaitu dibawah kementerian wilayah persekutuan?
3) Kenapa tak buat stadium yang berada di negeri pakatan rakyat?


Related Posts with Thumbnails