Monday, October 31, 2011

Pic Mikael HFMD

Hari ini nak letak picture mikael masa kene HFMD ari tu. Korang yg tengok jangan geli plak ek..it's just a bintik2 merah..hehe...

kali ni teruk bintik2 merah..penuh tangan kaki dan mulut..




dalam mulut dan di luar mulut pun penuh bintik2 merah + ulser





Sekarang ni tak berani nak bawak mikael pegi tempat ramai2 orang. tempat permainan pun tak berani. sebab sebelum kene ari tu, kami bawak mikael shopping dan sebelum balik tu, kasi dia main kejap kat tempat permainan untuk kanak2 yang kene bayar 1 coin setiap permainan tu. mikael suka main boling dan bola keranjang. Bukanlah hendak menuduh mana2 cuma kami kena lebih berhati2 la lepas ni.

Semoga Mikael sihat sentiasa. dia ni pelik+cerewet skit. tak suka makan nasi. hanya susu je la. kalau mee sup, dia makan la...pendek kata, dia suka yg sup2 je without nasi. so letakla mee sebagai ganti nasi. tu sebab badan mudah kene virus kot. abis dah kurang zat makan.

Baru2 ni pulak kene cirit birit. Masa pagi hari tu hantar la seperti biase ke umah pengasuh. Tiba2 depan pintu dia muntah. tiba2 plak lepas mikael, sorg lagi budak kat situ muntah2 jugak. so tghari tu ada lagi muntah2. so bawakla pegi klinik.Tp mikael ni macam ade sembelit(berak keras) skit, so sebab tu lambat skit kot cirit birit sebab keesokan hari baru dia berak2. Ape la mikael ni  makan kn hingga muntah2 camtu. ayah mikael ni, since dia pun tabiat mmg suka basuh tangan, so Mikael pn dah diajar sama. cuma tak pasti la kat rumah pengasuh macam mana...ishhhh..kalau bleh taknak la buruk sangka...rumah kite pn bukanla bersih sangat pun...




Monday, October 10, 2011

Mikael masuk Wad lagi!

Rabu lepas 5/10/2011, mikael demam. tapi cuma demam biasa je. then esoknya(6/10/2011) aku pun hantarla dia ke rumah pengasuh. dalam perjalanan tu, aku perasan tangan dia macam ada ruam-ruam. Then tengokla mulut jugak. takut ada tanda-tanda HMFD(hand, mouth & Foot disease). sekali tengok tapak kaki, pun ada ruam-ruam.cuma tak banyak lagi. so rasa risaula sebab ada tanda dah. Sampai je kat rumah pengasuh, mintak dia mandikan jap, terus pegi klinik kat shah alam. So doctor keluarkan surat suruh refer ke hospital Putrajaya(aku yg request kat putrajaya sebab dekat ngan rumah.hehe...).

So terpaksa kami suami isteri cuti emergency, sama-sama ke putrajaya. kitorg memang dah budget kene masuk wad Mikael ni. so siap2 prepare barang untuk tinggal lama kat wad. Sampai putrajaya, disebabkan ada surat daripada docktor klinik, kami dapat terus ke emergency line. Doctor sana cakap ni tak serius. x perlu masuk hospital dan hanya perlu duduk dirumah sahaja kerana sakit ni boleh berjangkit. just bagi ubat demam je. nanti diorg akan hantar inspektor kesihatan mematau di rumah, dan mengajar cara-cara membersihkan rumah dengan betul.(tapi sampai hari ini masih tiada sesiapa memantau..hampeh ye dak!!!)

Khamis malam tu, my hubby dah kerisauan sebab ruam2 makin banyak, ulser dah memenuhi mulut serta diluar mulut skali...susu dia dah tak mau minum. So kami pun bergegas ke klinik pakar kanak-kanak. Doktor bagi pilihan sama ada nak stay umah dan beri antiviral sendiri ATAU duduk hospital dan nurse pantau. so kami decide duduk hosp sehari je sebab aku kene keje, hanya hubby jaga sorang2. kalau duk hosp, at least makan minum terjaga, kebersihan terjamin.

Masuk hari kedua, ruam2 makin banyak, dan besar2. macam chicken pox pun ada...macam campak pun ada...cuma pada part2 tertentu je.so simptom kali ni berbeza sikit banding kali pertama kene dulu. So Mikael kene drip kt tangan sebab kene masukkan antibiotik terus ke darah supaya cepat elok. Bila check2 darah, doktor detect satu lagi virus dalam badan, that's why kali ni teruk sikit. so isnin baru la Mikael boleh keluar dari wad. ini bermakna aku tido wad selama 4 hari.huhu.

Hari ini Mikael masih kene kuarantin. atok Mak jaga dia(mak aku le tu...huhu...). atok mak cakap mikael ni baiknya...dengar cakap....hahaha...pandai kan mikael berlakon. tapi normal kot budak-budak ni kalau depan parent dia, ade noty2 skit.huhuhu...aku cakap kat mak, "mak bawakla mikael ni duk jelai nun..." mak aku ckp, hitamla dia kalau duk jelai nanti..hehehe...xpela..boy kn...ape masalahnya gelap pun...
Related Posts with Thumbnails