Monday, November 14, 2011

Home made Coklat

Hari ini entry tentang coklat. dah lama nak try buat sendiri tapi tak jumpa resepi. Pendek kata, minggu lepas terjumpa resepi yang sangat senang daripada hasnidaomar. just guna coklat bar Compound. Then cairkan guna double boiler. then masukkan dalam acuan(dipanggil Mould). finish! dah siap! so aku pun tryla ahad lepas...hehe..hasilnya sedap jugak...cuma cam keras skit kot..next time nak carik mould yang lebar dan nipis cam coklat yg jual kt kedai tu dan nak letak kacang banyak2 supaya rasa lagi sedap. coklat bar yg aku beli pun masih banyak lagi. baru guna 2 bar daripada 5 bar.

so ni pic hasil dari dapurku..huhu...cuma lupa nk ambil gambar hasil akhir..aku beli acuan rose...dan ada acuan macam gula2 ada batang tu...next time nak try letak color2 plak...


cairkan coklat guna kaedah double boiler


Mould tu baru beli..hehe...barcode dia pun malas nak cabut..hehe...

Mula2 masukkan coklat separuh acuan je.
pastu sejukkan dalam peti ais dalam 3 minit untuk dapatkan hasil yang licin skit.
lepas tu masukkan badam yang telah dipanggang.
seterusnya masukkan coklat penuhkan satu acuan tu...
sejukkan dalam peti ais...

Sunday, November 13, 2011

Cheese Cake

Sempena 4th anniversary ni, aku try buat cheese cake lagi. tapi cheese cake kali ni kira 1st time try ni. kerana terliur tengok imma buat..hehe...papepun tetap berbaloi sebab sedap sangat dan nak buat pun senang. tak perlu bakar pun. buat hari sabtu, then ahad dah abis di makan. my hubby dan mikael suka sangat. asyik ulang2 makan je. risau jugak aku, sakit perut plak mikael ni nanti. but so far alhamdulillah...elok je dia..hehe...


kek senget atas pinggan tu...so jem dia pun tak balance..hehe...tak perasan plak senget...


nyum nyum...resepi saye refer dari blog imma dan kak hana...

Pastu ahad tu plak aku try home made chocalate...best...nanti letak kt next entry k...huhu...


BBQ @ Raya Haji

Raya haji lepas (6/11/2011) kami sekeluarga buat BBQ...saje je buat...sebab kakak dia dapat bonus banyak. so dia belanja kami semua ikan yang di bakar sendiri.hehe...nak makan ikan bakar kat luar susah skit. sebab ada 4 hero cucu pak tahir ni kan...out of control la nanti.hehe...sebenarnya ni kira aktiviti wajib kami adik beradik kalau ada cuti panjang. mengeratkan siratul rahim sebab jarang2 boleh balik kampung ni...pastu jemputla jiran2 sekali.gambar pun tak banyak ambil.sibuk makan je.


IKAN TERUBUK, IKAN KERAPU, IKAN SIAKAP...Ada 7 ekor semuanya..puas makan...


ramai sbenanya..tp suma malu2 kusing nak bergambar..hehe...

ni la 4 hero cucu pak tahir...

Thursday, November 10, 2011

My 4th Anniversary




9.11.11 adalah hari ulangtahun kami suami isteri yang ke empat. Rasa kejap je dah 4 tahun..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun kadang2 ada tergigit lidah jugak. tapi biasa la kan...asam garam rumah tangga. so target lepas ni nak tambah bilangan ahli keluarga. Semoga kami dikurniakan rezeki anak lepas ni dan sentiasa bahagia hingga akhir hayat.

Takda majlis pape pun meraikan anniversary ni. Insya'Allah esok nak buat kek. lama dah Mikael tanye bila nak buat kek. huhu...sian dia..ummi buat kek bila ada hari special je...
Related Posts with Thumbnails