Wednesday, February 27, 2013

Playgroup AlimKids @Putrajaya

Hari Ini nak bercerita tentang Mikael bersama playgroup AlimKids di putrajaya. Reason kenapa saya hantar ke Playgroup ni? sebab Mikael baru 4 tahun dan Insya'Allah tahun depan 2014 akan bersekolah. Tahun ni ingatkan nak hantar pra-school, tapi dia belum bersedia. Setakat hari ni, dah 4 kali session dah(3 + 1 preview). Dan 3 kali pegi, mikael susah nak join mula2, tapi bila masuk part art & craft, baru lah dia nak join. Teacher Diana & Teacher Nia cakap mikael ni interest dia pada Art & Craft. oooo...baru saya tahu..hahaha..patutla kat rumah semua kerja dia nak tolong, sebab melibatkan pergerakan tangan dan kaki. dia tak suka just nyanyi2 ke...just bed story ke....


Kali terakhir mikael pegi iaitu sabtu lepas, dia nak join sejak awal2 lagi...okla kan...ada improvement....dia nakla ikut nyanyi2, gerak2 badan ikut nyanyian tu...minggu ni pulak asyikla cakap "Mikael nak pegi sekolah kat teacher diana". Means dia rasa seronok join Playgroup ni. kalau tidak, asyikla menyorok belakang ummi..malu la tu konon...hahaha...

Playgroup ni diadakan di Tadika Bijak Cerdik di precint 9, Putrajaya. sape2 nak try2 dulu, diorg sentiasa bukak untuk preview kot...Then kalau puas hati baru confirm join...Class pulak sekali je seminggu iaitu setiap sabtu. then kalau ada cuti panjang, atas persetujuan all mommys, boleh la skip.

Saya memang amat berpuas hati dengan program ni. salah satu cara untuk buang sifat malu pada anak, galakan dia bersosial bersama kawan2 secara positive, beraktiviti bersama rakan2...Yang lebih seronok, mommys pun boleh join sama...huhuhu...dulu zaman2 kite takda bende2 ni kan...hehehe...



1st class


2nd class

2nd class



ni pulak 3rd class. kelakar time ni kene tangkap fish, tapi mikael ni ganas sangat, seolah2 nak masuk dalam kolam tu. sampai sume ikan lari berkumpul belah sane...hehe...tapi lama2 dia dah dapat skill macam mana nak tangkap fish tu.  


tadaaa..sudah 2 ekor...

lastly dia dapat 3 ekor...paling banyak dapat tu..orang lain just seekor or 2 ekor je....pastu dapat bawak balik..3 hari duk melekat dengan fish je...kasi makan...tapi fish tak panjang umur dia...lepas 3 hari mati dah....x tau nape..kitorg ni xde ilmu nak jaga ikan lagi..belasah je kasi makan....

Tuesday, February 26, 2013

Mendidik Anak-anak



Renungan Bersama...(Saya letak di sini untuk peringatan diri dan untuk simpanan...semoga kita sama-sama dapat mendidik anak dengan baik)

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Nasihat Kubur

Assalam...



1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"




Tujuan di letak di sini : untuk rujukan sendiri takut hilang...harap dapat memberi kesedaran pada kita semua....

Sunday, February 17, 2013

Gelagat My Mikael

Assalamualaikum...

Hari Ini nak bercerita perihal mikael. Rasanya dah lama tak buat entry tentang anak bujangku Mikael ni. Kalau kiraan tahun, mikael 4 tahun dah..bulan may ni genap umur 4 tahun. Sebenarnya aku plan nak hantar dia sekolah tahun ni. tetapi mikael ni lambat percakapan dia..even sekarang masih pelat2 lagi. dia cepat dari segi fizikal je. badan je besar. kadang2 main kat taman permainan, ada budak ajak dia main sorok2, main rebut kerusi, macam2 la. tapi mikael ni buat tak tahu je sebabnya dia kurang faham dan tak tahu nak explain atau bila dia explain orang tak faham. hehehe...kesian jugak kat dia...

Pastu pergaulan mikael ni pun kurang memuaskan. asyik nak bergaduh je. sekarang ni banyak perkataan baru yang negatif yang dia belajar. contohnya tumbuk karang..sepak karang....tampar karang....nak tumbuk?...nak sepak?...tu je la yang dia tahu. so sape yang nak kawan kan...lari sume orang...huhuhu...aku tak tahu la kenapa, samaada sebab dia duduk dengan pengasuh, so perkembangan dari segi pergaulan tu kurang memuaskan. then pengaruh rakan yang lebih tua pun puncanya jugak kot. sebab dia kawan ngan budak2 besar. so percakapan pun kasar sikit.

Bercakap pasal sekolah tadi, Awal tahun dah cuba nak hantar dia ke sekolah. Hari pertama dia nak pegi, masuk2 je ke kelas, terus meraung nak balik nak balik. dia kata malu dengan cikgu. Hari kedua dan seterusnya pun sama. so aku pun decide untuk cari alternatif lain iaitu hantar dia ke Playgroup AlimKids kat putrajaya. Kelas selama 1 jam sahaja, dan seminggu sekali iaitu hari sabtu je...Matlamat supaya dia dapat bergaul dengan orang yang dia tak kenal dan dapat mengenali seorang teacher. Ini sebagai permulaan untuk hantar dia ke sekolah tahun depan. Nanti nak buat entry pasal pengalaman ke playgroup tu.sangat menyeronokkan...

Sekarang alhamdulillah, walaupun percakapan masih kasar, tetapi dia dah menunjukkan minat nak belajar. hari2 mesti bukak buku, mengaji, color2. Tapi susah jugak dia nak ingat walau hari-hari aku ajar dia..huhuhu...mencabar sungguh mengajar budak ni tau. kagum aku cikgu-cikgu yang ajar budak2 kecil mahupun budak besar...then aku pun dah beli set buku Bacalah Anakku. tengokla nanti macam mana perkembangan dia..insya'Allah akan share di sini nanti...

ni masa berpantang kt kampung ari tu...mikael ni la kejenya hari2...menolong atuk mak...

mencuba kasut atuk mak..kasut ni guna semasa kerja memerah santan segar..hehe...

dia suka sgt menyelam skrg ni..risau aku tgk..

 nampak tak ape dia buat tu...hehe...baru lepas tolong buang sabut kelapa guna kereta sorong kt belakang umah...

Thursday, February 14, 2013

Amalan dalam Islam

Hari Ini nak berkongsi ilmu yang saya dapat daripada rakan FB saya iaitu Nurul Huda...disamping itu saya nak simpan untuk rujukan peribadi...semoga anda yang membaca mendapat rahmat daripada Allah Yang Maha Esa...


Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat. 
Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan walaupun daripada sepotong ayat-ku.” 

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut syahadah ketika sakaratul maut. 

LIMA perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insyaAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena sakit). 
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang Yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam. 
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). 

Sabda Nabi ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. Cara senang utk dapatkan pahala walaupun selepas mati “

a. Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 sahaja. Setiap kali orang guna, anda akan mendapat pahala walau selepas mati 
b. Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit mengguna , anda akan mendapat pahala . 
c. Beri baju kpd orang, setiap kali orang pakai , anda mendapat pahala. 
d. Beri makanan kpd orang, anda mendapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya . 
e. Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.
f. Kongsi mesej ini dengan orang ramai. Walaupun seorang sahaja, tolong kongsi dengan orang lain, anda akan mendapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata-mata. 

7 kalimat yg harus dibiasakan: 
1. Bismillahirrahmannirrahim Setiap hendak melakukan sesuatu. 
2. Alhamdulilah Setiap habis melakukan sesuatu. 
3. Astagafirullah Jika melakukan sesuatu yang buruk. 
4. InsyaAllah Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang. 
5. Laa hawla walaaquwwata illaah billaah Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk. 
6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian. 
7. Lailaha illallah Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Ada 2 pilihan untuk anda: 
1. Biarkan saja teks ini tanpa bermanfaat utk orang lain. 
2. Anda sebarkan kepada semua kenalan anda. 

Rasulullah bersabda; “Barang siapa orang menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun orang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala” 
Amiiin ya rabbal alamin. Semoga bermanfaat. Amin....
Related Posts with Thumbnails