Wednesday, February 9, 2011

Bercakap Dengan Jin


Sekarang aku adalah peminat setia buku Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Buku ni popular masa zaman 70-an ke 80-an ntah. masa tu siri dimuatkan dalam majalah variasi juga. Selalu baca kat blog En.Manjalara sebab en manjalara ni telah berusaha mengumpul setiap siri daripada siri 1 hingga sekarang dah 215. Kisah tentang perjalanan hidup penulis bersama dengan datuknya yang kaya dengan ilmu yang boleh membantu orang sakit misteri.

Aku suka sangat dengan setiap siri sebab rasa seolah-olah kita berada di tempat kejadian. selain tu banyak petua2 dari datuk yang bole dimanfaatkan untuk diri sendiri.

contohnya(petua2 dan peringatan) :
1.minum air kosong bila bangun dari tidur,
2.selepas bangun tidur tu duduk mencangkung sambil memeluk lutut dalam beberapa minit untuk melancarkan peredaran darah,
3.amalkan membaca surah al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas jika berasa gelisah yang tidak diketahui puncanya,
4.lepas solat mesti berdoa walaupun doa yang pendek kerana kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah,
5.mandi perlu dimulakan dari kaki bawak ke kepala,
6.banyak lg sebenarnya...kalau ingat lagi aku update lagi..hehe...

lagi satu yang aku nak kongsi, Datuk Tamar jalis ni sentiasa mengingat dalam setiap kes(maknanya bila datuk membantu mengubati pesakit dengan izin Allah) yang berlaku, iaitu "Hanya takut pada ALLAH, makluk lain tu semua sama dengan kita". ayat ni macam dh diserap dalam kepala aku sehinggakan aku tidak berasa takut untuk tinggal keseorangan kat rumah...kadang rasa takut gak sebab adalah beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan dirumahku itu...huhu...nak cerita pun takut sebab memang dah alami sendiri. tapi tiap kali berlaku, ayat datuk mesti berlegar-legar dalam kepala. membuatkan perasaan takut tu hilang. kenapa nak takut sedangkan KAU makluk ALLAH juga..huhuhu...

**masih menunggu en Manjalara upload siri seterusnya...

Tuesday, January 25, 2011

KARNIVAL KARANGKRAF



BILA? 28, 29, 30 JANUARI 2011
MASA? 9.00 PAGI - 7.00 MALAM
DI MANA? PERKARANGAN KOMPLEK KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF





Thursday, January 13, 2011

Home Facial...


Tomorrow(Saturday) will have skin care class at my house from Medicare product. The most important is, the class is free. so this is the chances for us to make a facial by self, instruct by Masnira(my friend since studying at matrik ukm). I'm very excited to do at home since probably every month will go to any oulet for facial. But sometimes we need some rest with get facial from others hand..hehehe...

Will update later ok...after get experince on facial by my own hand..hehehe...


Monday, January 10, 2011

Jalan-jalan ke Zoo Negara


Sabtu lepas kami pergi ke Zoo Negara sebab nak Mikael kenal dengan haiwan-haiwan secara live. bertolak pukul 9.30am. sampai sana nak dekat 10.30am. patutnya pegi berlima, tapi adik yang duduk di cheras lambat. so kami berempat(termasuk adik no 5) masuk dulu. tunggu dia kat dalam je...Tiket masuk RM20/person.

bukannya nk tgk singa tu...sibuk nk bergurau ngan ummi...sebelah tu adik yg sebuk melayan sms awek...

bila tgk pic ni nk tergelak plak bila ingat balik...ye la..harimau tu x duduk diam.kehulu kehilir macam org lapar kn...pastu tetiba dia terjun dlm air kt depan tu menuju kt kami...aku pn ape lg...lari...cabut...igtkan aku sorg je takut...rupa2nya ramai yang lari sama..hahaha...padahal bukan harimau tu bole terkam pn sbb air makin dalam bila menghampiri ke kami tu...cuma takut la plak...bayangkan aku lari sambil dukung mikael...hehe...

nampak tak tu...mane x takutnya...macam nk terkam je..wakakakaka..

Pendek kata memang bestla pegi sana. sempatla tengok animals show kul 11am tu. Mikael sangatla excited dapat tengok live. dia sampai taknak makan. minum je. berlari2 je dia..bila penat, kasi duduk kt stroller kejap..pastu dh bertenaga balik, meronta2 la nak turun.

Tuesday, January 4, 2011

Mikael dah 16KG?

Salam..

Last 2 weeks, aku bawa Mikael pegi cucuk kat klinik panel dia untuk suntikan setahun setengah. so kena timbang berat la...susahnya la nk timbang...x tau duduk diam...last2 dapatla angka sebenar keberatannya...haha...sekali tengok 16kg? perghhh...bayangkan aku mendukung 16kg...patutla aku cepat penat..makan pun banyak...tp kurus melidi tu jugakla...

Doktor tengok kat graf, melepasi garisan merah dan maximum. so kena tegur la..dan dinasihatkan untuk kurangkan berat takut obesiti.huhuhu..mikael2....tapi nk kurangkan makan, dia mmg mkn sikit je...mayb kena kurangkan susu kot...dan mungkin susu anmum adalah penyebab dia jd cenggitu...but anyway kalau tengok betul2 Mikael ni xde la nampak gemok pun..cuma berisi skit tu ade la...mungkin sbb dia tinggi..so x nampak gemok sangat...dan 16kg ni x sesuai dalam average untuk umur dia ni...

Begitula kesimpulan aku...hehe...

Lepas ni target nak kurangkan susu dia...jadi mungkin keinginan untuk makan akan jd tinggi kot..sbb dah try minggu lepas..camtu la dia...susu kurang, makan plak lebih...sebab Mikael ni spesis lasak sgt2...so perlukan lebih tenaga la...kalau tak..x dapatla ko rehat..dia duk merengek je....


ni gambar terbaru ari ahad lepas...capture time nk blk dr banting ke puchong..tengok tu duduk macam tuan beso kat car seat dia...

Monday, January 3, 2011

Menang Giveaway dari BabyCool One-Stop

Alhamdulillah...ni kali kedua menang hadiah..1st dulu menang dari BabyIbu, dan 2nd ni menang dari BabyCool One-Stop

Terima kasih kepada imma(owner BabyCool One-Stop) yang menganjurkan giveaway yg best ni...rezeki Mikael dapat new CD yang cantik...tapi belum try pakai lagi sbb lum basuh...hehe...x sabar2 nak upload kt blog ni...nanti la bila dah try, bole review dan upload kt blog lagi...


sorry sbb pic captured by phone kapcai...hehe...cantik kan Sunny Baby Cloth Diaper...mmg sesuai untuk Mikael ku...

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam...

Lambat sikit buat ucapan tahun baru...tapi masih sempat lagi ni kn...hehe...

Selamat tahun baru kepada semua. harap tahun ni bertambah rezeki, dan tercapai semua cita-cita yang diimpikan.

Azam aku tahun ni nak kumpul duit betul2 dan berdisiplin. ye la..asyik2 rasa macam x cukup je gaji. almaklum la...hutang banyak...so konon2 nya setiap bulan takut nak bershopping sakan. takut tak cukup time hujung bulan.tapi kali ni, just nak tutup mata je. nak berdisiplin masukkan duit ke ASB.

since dah boleh transfer online ke ASB through CIMBClick, mengapa masih ada alasan lagi kan...so aku pn memulakan langkah untuk saving. dah 2 bulan dah stat saving 100 (okla untuk permulaan kan..huhu). senang je guna CIMBClick online, click3 je...tp charge rm1 la...serupa je kalau kita pi bank kn..ngan duit parking, minyak kereta..sama jer...

Kalau ade yang teruja nak guna cimbclick jugak, just pilih je menu MANAGE MY WEALTH.
tapi 1st time kene register dulu, then tunggu approval. bila dh approve, dh bole transfer dengan click pada menu SUBSCRIBE...6 bulan nanti bole update buku kt bank..hehehe..




Ade banyak lagi azam, tapi cukupla satu diletakan di sini..hehehe..malu la konon...
ok berundur dulu ya..
assalamualaikum...
Related Posts with Thumbnails