Sunday, February 17, 2013

Gelagat My Mikael

Assalamualaikum...

Hari Ini nak bercerita perihal mikael. Rasanya dah lama tak buat entry tentang anak bujangku Mikael ni. Kalau kiraan tahun, mikael 4 tahun dah..bulan may ni genap umur 4 tahun. Sebenarnya aku plan nak hantar dia sekolah tahun ni. tetapi mikael ni lambat percakapan dia..even sekarang masih pelat2 lagi. dia cepat dari segi fizikal je. badan je besar. kadang2 main kat taman permainan, ada budak ajak dia main sorok2, main rebut kerusi, macam2 la. tapi mikael ni buat tak tahu je sebabnya dia kurang faham dan tak tahu nak explain atau bila dia explain orang tak faham. hehehe...kesian jugak kat dia...

Pastu pergaulan mikael ni pun kurang memuaskan. asyik nak bergaduh je. sekarang ni banyak perkataan baru yang negatif yang dia belajar. contohnya tumbuk karang..sepak karang....tampar karang....nak tumbuk?...nak sepak?...tu je la yang dia tahu. so sape yang nak kawan kan...lari sume orang...huhuhu...aku tak tahu la kenapa,  perkembangan dari segi pergaulan tu kurang memuaskan. then pengaruh rakan yang lebih tua pun puncanya jugak kot. sebab dia kawan ngan budak2 besar. so percakapan pun kasar sikit.

Bercakap pasal sekolah tadi, Awal tahun dah cuba nak hantar dia ke sekolah. Hari pertama dia nak pegi, masuk2 je ke kelas, terus meraung nak balik nak balik. dia kata malu dengan cikgu. Hari kedua dan seterusnya pun sama. so aku pun decide untuk cari alternatif lain iaitu hantar dia ke Playgroup AlimKids kat putrajaya. Kelas selama 1 jam sahaja, dan seminggu sekali iaitu hari sabtu je...Matlamat supaya dia dapat bergaul dengan orang yang dia tak kenal dan dapat mengenali seorang teacher. Ini sebagai permulaan untuk hantar dia ke sekolah tahun depan. Nanti nak buat entry pasal pengalaman ke playgroup tu.sangat menyeronokkan...

Sekarang alhamdulillah, walaupun percakapan masih kasar, tetapi dia dah menunjukkan minat nak belajar. hari2 mesti bukak buku, mengaji, color2. Tapi susah jugak dia nak ingat walau hari-hari aku ajar dia..huhuhu...mencabar sungguh mengajar budak ni tau. kagum aku cikgu-cikgu yang ajar budak2 kecil mahupun budak besar...then aku pun dah beli set buku Bacalah Anakku. tengokla nanti macam mana perkembangan dia..insya'Allah akan share di sini nanti...

ni masa berpantang kt kampung ari tu...mikael ni la kejenya hari2...menolong atuk mak...

mencuba kasut atuk mak..kasut ni guna semasa kerja memerah santan segar..hehe...

dia suka sgt menyelam skrg ni..risau aku tgk..

 nampak tak ape dia buat tu...hehe...baru lepas tolong buang sabut kelapa guna kereta sorong kt belakang umah...

Thursday, February 14, 2013

Amalan dalam Islam

Hari Ini nak berkongsi ilmu yang saya dapat daripada rakan FB saya iaitu Nurul Huda...disamping itu saya nak simpan untuk rujukan peribadi...semoga anda yang membaca mendapat rahmat daripada Allah Yang Maha Esa...


Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat. 
Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan walaupun daripada sepotong ayat-ku.” 

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut syahadah ketika sakaratul maut. 

LIMA perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, insyaAllah jauh daripada penyakit (susah nak kena sakit). 
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang Yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam. 
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). 

Sabda Nabi ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya. Cara senang utk dapatkan pahala walaupun selepas mati “

a. Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 sahaja. Setiap kali orang guna, anda akan mendapat pahala walau selepas mati 
b. Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit mengguna , anda akan mendapat pahala . 
c. Beri baju kpd orang, setiap kali orang pakai , anda mendapat pahala. 
d. Beri makanan kpd orang, anda mendapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya . 
e. Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.
f. Kongsi mesej ini dengan orang ramai. Walaupun seorang sahaja, tolong kongsi dengan orang lain, anda akan mendapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata-mata. 

7 kalimat yg harus dibiasakan: 
1. Bismillahirrahmannirrahim Setiap hendak melakukan sesuatu. 
2. Alhamdulilah Setiap habis melakukan sesuatu. 
3. Astagafirullah Jika melakukan sesuatu yang buruk. 
4. InsyaAllah Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang. 
5. Laa hawla walaaquwwata illaah billaah Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk. 
6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian. 
7. Lailaha illallah Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Ada 2 pilihan untuk anda: 
1. Biarkan saja teks ini tanpa bermanfaat utk orang lain. 
2. Anda sebarkan kepada semua kenalan anda. 

Rasulullah bersabda; “Barang siapa orang menyampaikan 1 ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun orang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala” 
Amiiin ya rabbal alamin. Semoga bermanfaat. Amin....

Monday, January 28, 2013

Karnival Karangkraf 2013

Karnival Karangraf kembali lagi!!!





Pada kawan-kawan yang datang, contactla saya(adha IT) ye...saya bertugas pada 1 dan 3 february...insya'Allah...ok jmpa nanti ya!

Wednesday, January 9, 2013

Kelahiran Bayi Saya


Assalamualaikum...

Akhirnya pada 30 october 2012, saya telah melahirkan bayi perempuan dengan jayanya. secara normal dan secara tidak terancang saya telah melalui natural birth.Natural birth ni maknanya, lahirkan baby tanpa apa2 bantuan seperti ubat-ubatan, tanpa digunting, dan tanpa di induce. Tetapi ada luka sedikit kerana saya push terlalu awal. yela tak tau dah berapa cm masa tu. tapi dah rasa nak meneran. so kene la jahit sikit.doktor kata susah nak jahit sbb koyakan natural.huhu...tp tak sakitla...alhamdulillah.. sebelum bersalin saya banyak baca pasal natural birth ni. cara pernafasan macam mana. so alhamdulillah saya dapat mempraktikkan semasa proses contraction tu. memang betul dapat mengurangkan rasa sakit contraction tu.betul ke tak ejaan saya ni..hehe...

Berat baby 3.05kg diberi nama Eirdina Nur Zara bt Mohammad Rizal..kurus je..tapi sebab dia panjang/tinggi 54cm...so berat mencapai 3kg jugak. tapi dalam sebulan je dah naik banyak. dalam 3.8kg...huhu...

ok..ni cerita gembira..kenangan untuk dikenang dalam diari ku ini...


Part SEDIH pulak...

Bayi saya telah meninggal dunia pada 28hb Disember 2012, hari Jumaat 3.30am kerana demam panas dan jangkitan kuman pada otak menyebabkan banyak organ dalaman tidak berfungsi. Namun Allah lebih menyayanginya...bayi saya pergi tidak kembali...Al-Fatihah...

Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya kesedihan yang saya alami...even sekarang pun masih terbayang2 renungan mata cantik baby saya...Namun saya redha kerana Bayi saya akan menunggu ayah dan ummi di pintu syurga kelak...alhamdulillah...
semoga Allah kuatkan semangat saya dan suami dan akan lebih mendekatkan diri kepada Allah...amin...



Gambar dalam kenangan....(saya tidak boleh lupa setiap fizikal anak saya terutama matanya yang bersinar...)

AL-FATIHAH....

Monday, October 1, 2012

Fenomena HALO Matahari di Shah Alam


Hari Ini berlaku fenomena HALO Matahari kat opis aku ni..gempar sekejap bila mana kami nak keluar lunch, tiba-tiba ada berlaku betul2 kat atas kepala. nak tengok silau. so ambil gambar tanpa melihat. Jadinya inilah hasilnya yang aku dapat...huhu...mula2 takut jugak sebab x pernah tahu ade fenomena halo ni..lepas balik lunch tu google la...oooo..baru tahu..huhu.....

Sumber dari bernama pada 13 April 2012

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," menurut kenyataan itu. 

Dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo adalah antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan. 

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal. 

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk. 
Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari. 

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya. 

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR). - BERNAMA

Friday, September 21, 2012

32 minggu prenancy

Hari Ini alhamdulillah dah masuk 32 minggu pregnant...so tinggal lagi 4 minggu dah boleh ready to deliver...tapi tak semestinya kan...just ready je la...huhu...takut jugak ni nak bersalin walaupun dah ada pengalaman Mikael dulu...orang cakap lain anak lain sakitnya.

Paling kontra, pregnancy kali ni aku kena kencing manis. so terpaksa jaga makan. jangan makan manis2...kalau makan nasi pun, tak boleh banyak2...cukup segenggam/sesenduk...sian kn...hehe...hasilnya berat aku makin turun. masa sebelum pregnant 50kg...pastu checkup pertama masa 4 bulan, berat dah 55kg..then bila kene kurangkan makan, turun 54,53 dan skrg maintain 54kg...sudahnya aku kurus balik. perut je kedepan...cam rasa kelakar pun ye jugak..hahaha...

Sekarang ni berdebar tengok saat pregnant 8 bulan.sebab time 8 bulan ni yg berat baby naik banyak. takut baby jadik besar.kang susah nak teran...huhu...

Dari segi preparation barang2 baby, dari segi perubatan sume dah lengkap....tinggal nak tambah2 baju baru untuk baby..sebab insya'Allah baby girl..so kene la ada baju girl kan...hehe...Kali ni macam2 bende baru yang aku beli compare to masa mikael dulu...sbb kali ni dah ada pengalaman kan..kalau boleh sume nak ada...contohnya breast pump yang bagus(kali ni target nak fully BF)...set pengurusan uri...tilam yg selamat untuk baby...dulu masa mikael beli tilam empuk...tapi sebenarnya agak memebahayakan untuk baby sebab bila dia gerak2 akan mudah terlangkup...sbb tilam yang kurang sesuai...

 ni beli set Medela swing 2 phase rm 799 kat onebabyworld.com
memang untng sgt sebab nak ikutkan harga Medela ni je dah RM799...dpt byk free gift lagi...huhu

 antara free gift kat dalam gambar tu...bottle rack, bag storage, reuseable ice pack, receiving blanket, 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag), Washable Breastpad, dan dpt jgk nursing bra(xde dalam gambar)...berbaloi2 kan...

yang berbungan kuning tu adalah tunku bermagnet elektrik...senang nanti kalau x sempat nk panaskan tunku...yg biru kecil tu adalah tunku bayi 7 herba.ni untuk panaskan bayi lepas mandi atau time sejuk2...minyak telon...barut yang ditempah khas...beli dari mybabycomel.com

Sunday, September 2, 2012

Share Pic Raya

Raya tahun ni turn kat Jelai, Gemas, NS..kat jelai raya biasa2 je...family kecil je..huhu...cukupla asalkan dapat berkumpul sekeluarga...

 Dari depan kiri nenek, abah, mak
Belakang kiri fitri(adik no 5, nurul(adik bongsu), mikael, aku, husband, pecal(adik no 4)

suka pic ni sbb mikael senyum manis sekali...mcm ummi dia la kot...hehehe...

 Mikael kepenatan berjalan raya

 raya ketiga dah kt banting dah...

 mikael xnak bergambar..kene paksa...


 perut ku sudah ke depan...huhuhu...


Baju raya ada banyak, tapi sudah lupa nak tangkap gambar la...bila tgk balik...baju coklat ni je sume yg diambil...hehe...okla tu dari takde...my favorite color...coklat gelap...huhu...

ni plak gambar raya kat opis..1 dept..lepas jamuan raya...

Related Posts with Thumbnails