Sunday, September 28, 2014

Alhamdulillah...Anak ketiga...

As Salam...Hari ini rasa sangat bersyukur atas kurniaan Ilahi atas anugerah yang amat bernilai. Saya telah selamat bersalin anak ketiga pada 23 June 2014. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Hii...Nama saya Eirfan Muzaffar Bin Mohammad Rizal




Pengalaman bersalin kali ni lain skit...pukul 5 pagi dah start contraction every 15 minit, then semakin kerap, saya tak tunggu lama, terus ajak husband ke hospital an-nur bangi.(sebab pengalaman lepas, sy ni jenis bukaan pintu tu cepat)... sampai hospital doktor takde, tapi bukaan dah 10 cm...nurse cakap boleh bersalin bila2 ni. tapi air ketuban belum pecah. so nurse cakap kite tunggu doktor ye...tapi kalau bersalin jugak, kami akan sambut...huhuhu...xpela...nurse pun nurse la kan...hihi...luckily doktor pn sampai, dan sy selamat bersalin tepat jam 7 pagi...alhamdulillah...doc cakap ibunya macam tak sakit je..rilek je...huahuahua...sakit tetap sakit ye tak??? bezanya lama atau kejap je untuk setiap orang...

Eirfan kene sakit kuning lama...lebih 15 hari...so perlu ambil darah untuk uji penyakit lain...dan alhamdulillah sekali lagi sebab result semua normal...

Kemudian Eirfan demam, sy terus bawa pegi hospital tampin. sebab risau sangat. then bila sampai hospital, check suhu normal.so stay 1 day untuk pemantauan oleh doktor.

Cerita pasal susu pulak, kali ni berjaya fully BF sehingga abis cuti bersalin. bila kerja, pam susu plus bekalkan juga susu tepung skit pada pengasuh. Banyak dugaan untuk fully BF ni...masa lepas bersalin, susu takde, so Eirfan dah stat minum susu botol. lepas berurut, baru susu melimpah2...tapi eirfan tak mau BF jugak...pastu bila kene masuk wad sebab jaundice, nurse kat hospital tampin bahagian wad bersalin berusaha untuk memisahkan eirfan dengan botol susu. kalau tengok memang kite kesian la...tapi ibu kene kuat semangat. nurse sana siap pam kan susu saya kerana dah bengkak...huhu...rasa amat terhutang budi dengan nurse wad bersalin shift malam masa tu...lepas balik rumah, dalam seminggu barula eirfan boleh betul2 fully BF....selamat tinggal botol..huhuhu...

Kesimpulan di sini, wanita bersalin ni perlukan support orang sekeliling terutama ibu, suami untuk menjayakan fully BF ni...kalau tak memang susah. Ini dari pengalaman sy la...lain orang lain dugaan nya kan...



pegi cucuk 3 bulan kat klinik suraya puchong...

Wednesday, March 19, 2014

Pengguna Shaklee menjadi ahli Shaklee

Setelah menjadi pengguna shaklee selama 2 tahun, akhirnya saya daftar jadi member sebab nak beli banyak disebabkan tengah pregnant. so masa tengah pregnant ni lagila badan kite ni perlukan vitamin tambahan... Untuk kegunaan sendiri je. sebab dah terasa keberkesanan hasil vitamin ni... sabtu lepas pegi shaklee subang bersama-sama Mikael. puas jgkla mencari. tapi lupa plak nak ambil gambar...

ni la hasil pembelian pertama....hihi...

Mode : Happy




ESP dan alfalfa tu kakak sy punya. dia tengah menyusu badan baby sekarang. dia memang pengguna shaklee jugak sejak bersalin tahun lepas...sy just tolong belikan...



Monday, March 17, 2014

Mikael dah start Tadika tahun 2014

Akhirnya mikael dihantar ke sekolah this year 2014. last year try hantar jugak, tapi dia belum bersedia. First day sekolah dia ok je..tak menangis pun. tapi masuk hari kedua, menangis pulak. terpaksa ummi keraskan hati, paksa jugak dia. ayah dia je tunggu kt luar. nampak la dia meronta2 nak keluar tapi di pegang oleh cikgu. ayah dia siap ambil video lagi. then bila dia perasan ada ayah kat luar tengah tengok, terus dia stop menangis, duduk dalam barisan dan duduk depan lagi...hahaha..nampak tak? budak boy ni kalau depan ayah, dia control macho kan....kalau dengan maknya dia mengada2 je kan...hahaha....then sekarang dah ok..alhamdulillah...

seronok tengok progress pembelajaran dia...macam2 surah dan doa dia dah pandai baca...dan pandai solat. aku bersyukur sangat kerana memilih tempat yang betul untuk dia bersekolah...

dia sekolah kat Tadika Tunas Bestari Seksyen 18 Shah Alam...ambil pakej tadika dengan fardhu ain. bulanan dalam rm290. daycare tak ambil sebab umah pengasuh dia sebelah tadika tu je...dah lama duduk situ sejak bayi lagi...

Gambar banyak tapi dalam camera ayah dia pulak..hanya ni je untuk tatapan di sini....puas jugakla pujuk dia untuk pakai baju sekolah pink tu...haha..boy kan..alergik ngan pink ni....




Video Mikael Kelakar

Tiba-tiba teringat pasal video ni sebab kelakar...saje nk publish sebab nk buat sebagai kenangan kat sini...nk tunjuk kt mikael...ni ambil guna camera digital. tapi bila transfer ke phone/tab, dia tak support pulak.

kalau tak silap masa umur dia setahun kot...dia panggil ibu...x reti panggil ummi lagi...kene sakat ngan ayah...



***Lamanya tak update blog ni...banyak nk cerita sebenarnya...insyaAllah nanti la bila free...



Monday, October 28, 2013

Bercuti di PERLIS

Pada 20-22 sept, kami sekeluarga bercuti ke PERLIS. kerana adik bongsu konvo Unimap..so alang-alang kami sekeluarga pergi la bercuti sekali. Booking homestay je sebab ramai...homestay Al-Waris rm250/day..memang berbaloi2....rumah besar ada 6 bilik...tengok kt link ni ye sebab lupa ambil gambar http://www.hmbiz.com.my/

Pergi ari jumaat gerak dari puchong dalam 8.30am...sampai homestay kat beseri perlis dalam 7pm..huhuhu..jauh kan! sebab berhenti2..singgah makan, solat jumaat, solat asar..tu yang lagi lambat tu...pastu pegi ramai2 konvoi....

Tiba sana dah keletihan, esoknya just pegi padang besar, ngan konvo je...malam dinner kt kuala perlis..memang sedap giler...plus murah giler...hehehe...ahad 22hb tu dah gerak balik dah..tp sebelum tu sempat singgah padang besar lagi sekali...tak puas rasanya pegi sekejap sangat...tapi aku suami dan mikael je balik..lain2 sume stay lagi 1 malam sebab nak shopping kat langkawi pulak...sangat-sangat jeles okeh! tapi takpela...lenkali kite ke langkawi pulak ye...hihihi....



kt padang besar 



Tahniah adik ku kerana telah abis study...lepas ni cari keje pulak...good luck...



masa konvo tu orang terlampau ramai...so park kereta jauh-jauh. so naik bus yang disediakan pihak U...Mikael sangat2 excited...seronok dia naik bus...maklumla...tak pernah naik...hihihi...sian anak2 alaf baru ni kan....dia siap kata " ummi, bestnya naik bus...lenkali kite naik lagi nak..."

dinner kat kuala perlis


balik dah....



Tuesday, July 9, 2013

Tatacara memandikan 'bayi muda' (umur 1- 40 hari)


Tatacara memandikan 'bayi muda' (umur 1- 40 hari).

Dalam tempoh ini, kaedah mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Bayi perlu dimandikan pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut, fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk.

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan sabun atau gel mandian yang sesuai.

Seterusnya disiramkan dari belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara perlahan-lahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.

Semasa menyiramkan air ke dari belakang kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk menggosok siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.

Pastikan siraman tidak dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan bayi muda tersebut dan mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi tersebut yang boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.

Siraman seterusnya dan yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan pada bayi peringkat umur ini, kerana membimbangkan kelembapan air sabun pada bekas potongan tali pusat akan melambatkan proses 'luruh' tali pusat.

Selesai mandian, bayi tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas (cotton).

Sapuan perlu bermula dari kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di kepala dan ubun-ubun bayi tersebut boleh mengundang kepada masalah lemahnya paru-paru.

Sebaiknya, semua ini dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut.

(sebagai rujukan peribadi pada masa hadapan...)

Monday, July 1, 2013

Elakkan dari terkena sakit kuning

Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.


NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.


**Info in amat berguna, jadi saya simpan di sini untuk rujukan pada masa hadapan...semoga mendapat manfaaf....
Related Posts with Thumbnails