Thursday, May 31, 2012

Happy 3rd Birthday Emir Mikael

25/05/2012 genapla Emir Mikael 3 tahun...Semoga menjadi anak yang soleh, hormat orang tua, dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat...

last week ada kenduri kahwin kat banting. adik ipar 2 orang kahwin serentak. so selit2 la majlis sambut birthday untuk mikael. just untuk keluarga je. parent aku pun masa tu datang jugak. Alhamdulillah, selamat dah makan kek dengan jayanya. Tempah kek dari kawan, aju SweetRania.
mikael request nak kek ultraman...kemain lagi suka dia...siap kata yg gambar ultraman tu dia....hehe...
Dah besar dah anakkku....bakal dapat adik bulan 11 nanti..insya'Allah...

 amboi..lahapnya..kalau boleh semua jari nak masuk mulut..hehehe...

Monday, May 21, 2012

Mengantuk

Hari ini asyikla sangap je...huhu....tau ke sangap tu ape? ok bagi yang tak tau, sangap tu menguap/mengantuk...biase orang belah selatan je kot yang tahu...

Hari ni nak share gambar masa pesta buku hari tu yang serba kuning. Kebetulan masa pesta buku berlangsung, sama pulak dengan BERSIH 3.0.padahal baju kitorg yang serba kuning ni dan dibuat sejak awal tahun sempena karnival karangkraf 2012. so masa nak pegi sana banyakla kata2 sumbang yang kata kami ni Bersih. "tak abis2 lg ke Bersih", macam2 la lagi...hehe...ade kawan sorg tu masa gi solat kt surau pwtc tu siap kene ceramah ngan sorg makcik tu...hehehe...pastu terpaksa terangkan.."ni baju kerja makcik..bukan baju Bersih.." terus makcik tu blah...sabar je la kan...

anyway majlis berlangsung dengan jayanya...gambar kat atas tu sempena pelancaran Contest iLike yang mana hadiahnya adalah iPad3.


Thursday, April 26, 2012

MENANG IPAD 3 !!!








Jom ramai-ramai like fanpage majalah karangkraf dan berpeluang memenangi Ipad 3, Ipad 2,  Ipod Nano  dan Ipod Shuffle  PERCUMA !!!


Klik sini untuk tau lebih lanjut


http://www.karangkraf.com/ilike/

Ada cabutan hadiah setiap jam...tapi sape yang nak menyertai bahagian tu, kene pegi pwtc la...tp kalau yang tak berkesempatan, anda berpeluang memenangi iPad jgk. Just like fbpage...klik pada link di atas ye....atau email sy(special untuk kawab2 fb dan blog saya ajer ok...sy akan tlg isikan borang..tp anda kene print screen page yg anda telah 'like'...minimum 5 + 1 sinarharian)


Wednesday, April 25, 2012

Pesta Buku Antarabangsa PWTC (27April-6May) 2012


Pesta Buku datang lagi...Jom ramai-ramai cari buku kegemaran disamping menjadikan amalan membaca BUDAYA kita...Terapkan pada generasi muda amalan membaca.

Kalau datang sana, jangan lupa pegi booth KARANGKRAF ye...Insya'Allah, saya pun ada kat sana.

PLUS akan ada CONTEST best..macam2 hadiah ada...iPAD 3, ipod Nano, dan banyak lg....nanti saya buat entry khas pasal CONTEST ni ye...Senang je syarat-syaratnya...(tapi ni tak sama dengan contest dalam banner di bawah ye..ni special from Grup Digital department...hehe...)


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar...

Thursday, April 5, 2012

Minggu yang memenatkan...

Salam...Minggu ni merupakan hari yang paling sibuk untuk kami. baik di rumah maupun di tempat kerja. Mikael dah 4 hari dapat jangkitan HFMD. dan ni kali ketiga! aduhhh...macam mana la boleh dapat ni. kesian sangat2. mulutnya penuh ulser, hinggakan tak boleh makan minum. nak cakap pun guna bahasa isyarat. tapi kali ni kami decide untuk stay kat rumah je. ambil ubat2 berkaitan, dan jaga sendiri kat rumah. masuk hari ketiga, masih tak elok2 jugak, kami pun decide nk masukkan ke hospital la macam sebelum2 ni. tapi bila pegi klinik pakar kanak2 yang biasa pegi tu, tutup pulak. so cari klinik pakar lain la. Bila jumpa doktor lain, dia advise lain pulak. dia kata tak perlu masuk hospital. penyakit ni biasanya akan elok dalam 1 minggu. kalau doktor yang biase kami jumpa tu, confirm kene masuk hospital.huhu...

Sekarang ni memang kene hati2 la, sebab dah banyak sangat kes HFMD. nurse situ pun ada cakap, "saya dah muak dah jumpa kes HFMD ni...byk sangat...u tak perlu risau la...dalam 1 minggu akan elok"

Kita sebagai ibu bapa, bila tengok anak kita tak mau makan, minum, lesu je...sure akan risau kn...tak sampai hati tengok.seminggu sebelum kene tu, kami ada pegi family day kt sunway lagoon...maybe dapat kuman dari sana kot sbb badan memang pernah kena penyakit ni. senangla dia lekat...agaknya la...

letih rasanya, nak layan anak sakit lagi..nak layan meloya2 ni lagi...huhuhu...sabar je la adha...
sekarang ni alhamdulillah...mikael dah mula minum susu, air, makan sikit2..okla tu...

Wednesday, March 21, 2012

Dusun Eco Resort

Berakhir sudah Teambuilding grup digital di Dusun Eco Resort Pahang. Yang pasti, badan sakit2 sekarang ni...hehe...yang paling seronok, dapat main painball(1st time ni main). lawan plak ngan group bos besar grup digital. so ape lagi kn, sume pakat attack bos. bila lagi kan..kat opis sure tak boleh..hahaha...kat sana makan best...6 kali sehari....rasa pun sedap. dan paling best adalah nasi lemak dia...sambal sedap...

Lepas teambuilding ari tu, aku ambil cuti sehari.nak rehat. pastu penat sangat, asyik tido je. tak terlayan Mikael. pastu tiba2 mikael switch off tv, slowkan volume tablet, huhu...dia kesian tengok ummi penat sangat..rasa terharu sangat...budak 3 tahun dah pandai show dia punya care kan...

paintball...amacam? nampak ganas tak...hahaha...


aktiviti buat rakit...


ni nak balik dah...bergambar kenangan dengan semu ahli bilik yg sama..hehe...
tembamnya muka ku....huhu...

Monday, March 12, 2012

Berdua...

Minggu ni berdua je dengan mikael sebab ayah mikael outstation ke UK. dalam 10 hari gitu. So disebabkan takut tinggal berdua, mintak adik aku yg kerja KL tu teman. dia kerja ING, dia kata sana boleh datang lambat. tapi kene ganti balik. so okla tu.

Then hujung minggu ni kena attend Teambuilding ke Dusun Eco Resort Pahang pulak. aduhaiii....time ni la ayah mikael ni nak outstation kn. kesian mikael takde sapa jaga. so terpaksala mintak jasa baik pengasuh mikael(kak ita) menolong jaga dia 3 hari nanti. Mikael ni sekarang kemain manja. nak adik dah kot..hehe..siap gelar diri dia abang."mikael abang..." sambil menepuk dada sendiri...hehe...tiap2 pagi, sure dia taknak lepas, peluk kuat2 takut umi tinggalkan dia. tp terpaksala kan, dah kena kerja...terpaksala lepaskan jugak walaupun kuat meraungnya...

Insya'Allah ada berita baik...cuma kene jumpa doktor dulu baru boleh confirm..huhu...

ok...cukup untuk entry ni...will update later after teambuilding...
bye..assalam...

ni gambar ayah ngan mikael sblm pegi...ayah mikael bertolak dr rumah kul 7.30 pagi.mikael pn dah bangun...

miss ayah nun jauh di UK...dan 4 hari... semoga sihat dan selamat...
Related Posts with Thumbnails