Monday, September 19, 2011

Raya 2011 - Episod 2

Kali ni betul2 entry Raya plak...episod 1 just intro je..hehe...tapi gambar pun tak banyak...harap kat hubby je yang ambil...kalau dia x ambil, takde la gambo...

sesi bermaaf-maafan pagi raya...macam nak nikah je my hubby tu...huhu...








ni kat muo..baru lepas makan asam pedas muo...





Sunday, September 18, 2011

Happy Birthday to my beloved husband

Happy belated besday kepada suami tersayang...14sept ari tu...semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan beroleh ketenangan dunia akhirat...semoga ikatan cinta kita sentiasa mekar...semoga kita sekeluarga sentiasa ceria dan gembira selalu...

sempena besday hubby ni, sempatla deco kek skit...1st time ni buat ni..huhu..nasib baik sedap dimakan..walaupun rupa tidak kelihatan enak...hehehehe...


RED VELVET CAKE- tapi red terlebih...nampak kehitaman skit..huhu


maafkan saye..1st time bt kek deco2 ni...huhu...xde seni...


hubby kata...cheese sedap...patutnya lebih kan cheese..kurangkan kek...okla..lenkali saye lebihkan cheese ye...

Refer resepi di sini. Kredit to kak Hana sbb kongsi resepi yg sedap ni...hehe..

Wednesday, September 14, 2011

Gelagat RAYA Mikael 2011...

Entry ni khas untuk mikael. bukan ape...kebanyakan gambar adalah gambar dia je kn.so letakla entry khas. bila dia dh besar nanti boleh la tunjuk kat dia. Tahun ni tahun kedua beraya, dan tahun ni jugak dia dah start main mercun dan bunga api. so aksi jakun/gayat amatlah terserlah.hehe...hinggakan aku ni yang serik terlebih nak tengok budak2 main mercun. Gara-gara husband bakar mercun besar(yg meletup mcm mercun tahun baru tu), tapi mercun x naik malah kejar tuan balik...hahaha...pastu mikael dekat sangat masa time mercun meletup. nasib baik x kena dia dan nasib baik jugak mercun x meletup dalam rumahku di Jelai...sipi2 je sebelah rumah dia meletup...


nak buat ketupat pun susah...jadi lambat siap...sbb mikael sibuk kaco...





control macho


usha awek..hehe

bila org dh ramai...dia jd takut + malu2...duk bergantung kat ummi jek..


sampai nak salam pun susah






mikael suka baby...di cium2 nya baby..tp ganas skitla caranya..hehe...


pergi beraya, dia yg naik dulu...




pantang jumpe kucing....


nmpk tak tgn kanan dia diplaster...sbb tgn tersepit tingkap kete...budak baik..cenggitu ler...


keletihan


mesti ikat, so ummie leh rehat kt belakang...




mane mercun lagi? asyik nk main mercun jek..tp penakut...dia tgk dari jauh je...


adakah mikael sudah bersedia untuk dapat adik..hehe...

Monday, September 12, 2011

Dr Ridhuan Tee

Aku suka sangat baca blog dr Ridhuan Tee. Walaupun dia berbangsa cina, tetapi olahan ayatnya mudah difahami, sedap dibaca dan teratur. Isu2 yang diutarakan semuanya disertakan dengan bukti dan fakta. Ulasannya penuh dengan cara analisis dan logical akal fikiran. Beliau seorang yang mengutamakan dan memperjuangkan agama, sehinggakan sanggup dia mengkritik bangsa sendiri demi agama islam. Kagum dengan caranya. Aku harap lebih ramai cendekiawan yang berani tampil macam ni. Jangan hanya disebabkan politik, kita tutup sebelah mata untuk lihat kebenaran.

Wednesday, September 7, 2011

Raya Episod 1


klik pada gambar untuk lihat lebih besar...

Tahun ini beraya di banting Again! so ini gambar keluarga besar belah suami...kalau belah aku secoet jek..hehe....sedih dah 2 tahun tak dapat bergambar bersama family..Insya'Allah tahun depan la kot...

Tahun ni tak bergambar sangat sebab badan penat...letih...banyak bergambar di banting je..sebab raya pertama di sana kan...masuk hari kedua badan dah flat..mane tak nya..sejak 3 hari sebelum raya tu dah balik gemas, mengemas2 rumah bagai, masak2 ketupat rendang...sebab mak aku sibuk ngan bisnes santan dia...pastu malam raya berkejar balik banting plak...huhu...so hari kedua duk lepak je..tido...haha...husband kata, takkan nak tido je..tak macam raya plak...so petang tu pergi la beraya ke rumah cik Tney...raya ketiga baru la stat beraya sakan ke Muar plak...malam baru balik....raya ke empat pulak, beraya ke rumah jiran2 pulak...duk felda kn..byk rumah nk kene pegi...

next entry la ek letak gambar2 lain...ade ke kawan2 yg nak buat open house ni...

Tuesday, September 6, 2011

Lagu dalam Suria Di Cordoba



Hari Ini baru jumpa lagu-lagu yang ada dalam drama Suria Di Cordoba. sukanya....
Sejak sebelum raya carik ni. so sape2 yang masih mencari lagu2 tu dan peminat2 setia drama ni, bolehla start download lagu ni ya...tapi google sendiri la ye...hehehe...aku list tajuk je..ala..download je dalam 4shared.com

1. Astana Jiwa - Siti Nurhaliza
2. Bila Waktu Telah Berakhir - Opick
3. Buka Mata Buka Hati - Opick
4. Ketulusan Hati - Marshanda
5. Kau Pergi - Alif Satar
6. Padamu Ku Bersujud - Afgan

Aku bukan kenal pun penyanyi2 ni...tapi seriusly mmg best la lagu2 ni sume...menyentuh hati...huhuhu...

Monday, August 22, 2011

Selamat hari Raya


Hari Ini nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Halal kan makan minum sume ek...maafkan kalau ada terlepas kata, tersakit hati...

Balik raya nanti drive carefully k. Insya'Allah kami akan balik kmpg sy sabtu ni. then malam raya akan balik umah mertua kerana permintaan keluarga mertua untuk kami beraya di sana walaupun tahun ni turn kmpg sy..huhuhu...sedihla plak...xpe2...jangan sedih2...Ini kan asam garam kehidupan berkeluarga...

Tahun ni mood raya macam berkurang pulak rasa.Okla..stop di sini...moga selamat la terhadap semua yang dilakukan...


salah satu tudung raya ku nanti...hehehe...tudung dh dirasmi awal2...


Related Posts with Thumbnails