Tuesday, November 10, 2009

Positive Thinking

Disebabkan baru blk dari teambuilding kn...so bole la nk share serba sedikit ek....

Dalam kehidupan ni kita hendak merasai keseronokan, kepuasan dan ketenteraman hidup ketika cabaran melanda...jawapannya hanyala 1 iaitu berfikiran positif. Ingatlah bahawa minda kita yang sebenarnya menguasai diri kita.

Dengan fikiran yang positif, kita dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. kita juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan pun akan selalu terasa lapang.
Cara2 untuk mengekalkan positive thinking kite ni iaitu Yakin boleh, Tingkatkan Motivasi Diri, Bberdikari, Tidak Prejudis terhadap org lain.


Dalam melakukan sesuatu perkara, dorongan dan sokongan dari rakan2 dan orang yang positif akan membantu kejayaan kita didalam bidang yang diceburi. Ini kerana seseorang yang berfikiran positif akan sentiasa memberikan kita semangat dan sering mengatakan ‘boleh’ kepada sesuatu perkara yang hendak kita lakukan tanpa sebarang keraguan. Mereka juga sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba walaupun risikonya kegagalan.

Hasad dengki tidak wujud didalam diri mereka yang ingin lihat orang lain maju. Mereka akan sering menggalakkan dan amat menghargai kejayaan yang ada pada diri orang lain untuk mencipta kejayaan. Sifat kekitaan dan semangat kerja berkumpulan kerapkali dapat digambarkan dan dilakukan oleh mereka yang berfikiran positif. Seeloknya kita praktikkan dalam team kita..x kira la unit lain2 ke kn...amat penting juga kita berada didalam kelompok org yg berfikiran positif supaya kita tidak mudah terpesong ke arah lain...so semoga berjaya!!!

Game labah2...kene lalu ruang tu tanpa menyentuh tali tu...tp mslhnya ruang2 tu kecik..x muat badan ku yg kecik ni...hehe...mencabar jgk...so kami terpaksa memanjat salah sorg antara kami yg sanggup berkorban...hehe...

Kami memilih utk membuat layang2 semasa check point pertama dlm game IT Explorace...kene ade skill jgk rupanya nk bt layang2 ni..xleh hentam kromo jek...

2 comments:

Imma said...

aku suka time game poison spider wed tuh..that time i was in cameron for teambuilding under MDC..perghh..rasa nak tergolek kena usung...but we were really have a very fun time that moment..huhuu...

adcom said...

huhu..kene usung ke? nasib baik aku tak..just memanjat pada salah sorg hero tu...hehe...

Related Posts with Thumbnails