Tuesday, February 22, 2011

Pemandu Van Sekolah

Hari Ini nk story tentang pemandu van sekolah ni. semenjak aku stat bawak kereta tahun 2003 dulu, lama dah perhatikan pemandu van sekolah ni kalau drive ikut kepala dia je. tau la dia bawak budak sekolah yang boleh buatkan orang lain berhati2 bila berdekatan dengan van diorang. tapi tak semestinya bole sesuka hati je drive sehingga bole membahayakan nyawa kanak-kanak. kenapa aku ckp kanak-kanak, sebab kebanyakan yang naik van ni budak2 sekolah rendah or tadika. kalau budak sekolah menengah diorg naik bus sekolah.

Ada banyak kes kalau nak cite kat sini. Isnin lepas, masa balik dari ambil Mikael, semasa melalui round about, ade van sekolah tu dipandu sangat laju dengan berhimpit laluan sempit kiri(senang cite potong Q la...walaupun xde kereta yg berani nak lalu sebab sempit sangat...) dengan lajunya memasuki round about tu. yang aku ngeri sangat, ade sebuah bus pulak yang sedang laju nak keluar dari round about. terpaksa bus tu break emergency sambil bunyi honnnnnnnnn....ishh...kenapa la ade pemandu yang xde sivik camni. kalau jadi pape kat budak2 dalam van tu cemane? takkan tak bole tunggu line clear sekejap. bukan banyak kereta pun sampai perlu nak berebut2 masuk...ishhh..geramnya la...

Kepada pemandu2 di luar sana, sama2 la kita berhati2 semasa drive k...kalau terjadi juga perkara tidak diingini, anggapla takdir untuk kita. semoga kita sama2 dilindungi oleh Allah...


sekadar gambar hiasan...huhu...

Tuesday, February 15, 2011

Sorry Ibu !

Hari Ini nk bercerita tentang Mikael si budak baik ni...sekarang bila buat salah pandai cakap sorry Ibu!
dia memang suka-suka panggil ummi, Ibu, Mak...huhu...dan sekarang mood dia nak panggil Ibu...sebab pengasuh dia kan panggil Ibu...so lekat la nama Ibu untuk ummi sekali...xpela kan...Ibu pn ok jugak...

Bila tengok Ummi sedih je(saje buat muka sedih, buat2 nangis), terus dia peluk ummi sambil cakap "Sorry Ibu"..hehe..tak pelat plak tu..comel je aku dengar...so selalu la aku buat2 sedih sebab nak dengar statement dia tu kan...dia pn suka la sakat ummi supaya ummi sedih dan dia bole praktik ayat baru dia tu...adehhh...Mikael Mikael...

Sekarang okla sebab mikael dah pandai sambung ayat. dulu sebut satu je perkataan. sakarang dah pandai sambung ayat. contoh..dia tanye...

mikael : miiii...(dia panggil ummi la tu..)
Ummi : ye
mikael : yah! (dia tanye ayah mana..)
ummi : ayah mandi...
mikael : yah ndi...(ayah mandi...)
lepas2 tu x payah ummi tolong jawab..dia yg jawab sendiri bila dia tanya...huhu...


Ni gambar lama..masa ni makan main2 je...masuk mulut skit...keluar je lebih...
Tapi sekarang makan dah pandai...dah tak tumpah dah. tapi bila dah kenyang, mula la dia buat sepah. susah betul nak suruh makan...main je manjang...

Wednesday, February 9, 2011

Bercakap Dengan Jin


Sekarang aku adalah peminat setia buku Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Buku ni popular masa zaman 70-an ke 80-an ntah. masa tu siri dimuatkan dalam majalah variasi juga. Selalu baca kat blog En.Manjalara sebab en manjalara ni telah berusaha mengumpul setiap siri daripada siri 1 hingga sekarang dah 215. Kisah tentang perjalanan hidup penulis bersama dengan datuknya yang kaya dengan ilmu yang boleh membantu orang sakit misteri.

Aku suka sangat dengan setiap siri sebab rasa seolah-olah kita berada di tempat kejadian. selain tu banyak petua2 dari datuk yang bole dimanfaatkan untuk diri sendiri.

contohnya(petua2 dan peringatan) :
1.minum air kosong bila bangun dari tidur,
2.selepas bangun tidur tu duduk mencangkung sambil memeluk lutut dalam beberapa minit untuk melancarkan peredaran darah,
3.amalkan membaca surah al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas jika berasa gelisah yang tidak diketahui puncanya,
4.lepas solat mesti berdoa walaupun doa yang pendek kerana kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah,
5.mandi perlu dimulakan dari kaki bawak ke kepala,
6.banyak lg sebenarnya...kalau ingat lagi aku update lagi..hehe...

lagi satu yang aku nak kongsi, Datuk Tamar jalis ni sentiasa mengingat dalam setiap kes(maknanya bila datuk membantu mengubati pesakit dengan izin Allah) yang berlaku, iaitu "Hanya takut pada ALLAH, makluk lain tu semua sama dengan kita". ayat ni macam dh diserap dalam kepala aku sehinggakan aku tidak berasa takut untuk tinggal keseorangan kat rumah...kadang rasa takut gak sebab adalah beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan dirumahku itu...huhu...nak cerita pun takut sebab memang dah alami sendiri. tapi tiap kali berlaku, ayat datuk mesti berlegar-legar dalam kepala. membuatkan perasaan takut tu hilang. kenapa nak takut sedangkan KAU makluk ALLAH juga..huhuhu...

**masih menunggu en Manjalara upload siri seterusnya...

Related Posts with Thumbnails