Wednesday, February 9, 2011

Bercakap Dengan Jin


Sekarang aku adalah peminat setia buku Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Buku ni popular masa zaman 70-an ke 80-an ntah. masa tu siri dimuatkan dalam majalah variasi juga. Selalu baca kat blog En.Manjalara sebab en manjalara ni telah berusaha mengumpul setiap siri daripada siri 1 hingga sekarang dah 215. Kisah tentang perjalanan hidup penulis bersama dengan datuknya yang kaya dengan ilmu yang boleh membantu orang sakit misteri.

Aku suka sangat dengan setiap siri sebab rasa seolah-olah kita berada di tempat kejadian. selain tu banyak petua2 dari datuk yang bole dimanfaatkan untuk diri sendiri.

contohnya(petua2 dan peringatan) :
1.minum air kosong bila bangun dari tidur,
2.selepas bangun tidur tu duduk mencangkung sambil memeluk lutut dalam beberapa minit untuk melancarkan peredaran darah,
3.amalkan membaca surah al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas jika berasa gelisah yang tidak diketahui puncanya,
4.lepas solat mesti berdoa walaupun doa yang pendek kerana kita sentiasa memerlukan pertolongan dari Allah,
5.mandi perlu dimulakan dari kaki bawak ke kepala,
6.banyak lg sebenarnya...kalau ingat lagi aku update lagi..hehe...

lagi satu yang aku nak kongsi, Datuk Tamar jalis ni sentiasa mengingat dalam setiap kes(maknanya bila datuk membantu mengubati pesakit dengan izin Allah) yang berlaku, iaitu "Hanya takut pada ALLAH, makluk lain tu semua sama dengan kita". ayat ni macam dh diserap dalam kepala aku sehinggakan aku tidak berasa takut untuk tinggal keseorangan kat rumah...kadang rasa takut gak sebab adalah beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan dirumahku itu...huhu...nak cerita pun takut sebab memang dah alami sendiri. tapi tiap kali berlaku, ayat datuk mesti berlegar-legar dalam kepala. membuatkan perasaan takut tu hilang. kenapa nak takut sedangkan KAU makluk ALLAH juga..huhuhu...

**masih menunggu en Manjalara upload siri seterusnya...

7 comments:

asyifamustaffa said...

suka gak...:)

adcom said...

ramai rupanya peminat SBDJ ni...

Tney said...

huwawhauwh... setiap mahluk pun ade tempatnye..
tq for share yer..

adcom said...

betul tu cik tney..huahuahua...

sharing is caring...

Manjalara (Azman Jalaludin) said...

memang selalu update ...

sekarang tak banyak masa yang ada kerana menjaga bapa yang sakit di rumah adik pada setiap hari hingga pukul 4.00 ptg kerana mereka mengajar pada sebelah pagi.

Walau bagaimana pun saya sudah updatekan hingga siri 216 RAJA SUSUK MATI DI MASJID.

Siri ini akan tamat pada siri 284 yang mana siri 272 hingga 284 telah berada di tangan saya. Tetapi siri 222 hingga 271 masih dalam pencarian.

adcom said...

TQ en manjalara sbb singgah blog saya...dan tq jugak sbb berkongsi SBDJ ni...amat2 menghargainya...

Insya'Allah sy cuba cari siri2 yang belum ada lagi tu...

Manjalara (Azman Jalaludin) said...

thank to you too...

Siri SBDJ yang telah dijilidkan hampir pada penghujungnya.

Masih belum dapat siri siri 222 hingga 271. Berjanji dengan seorang hamba Allah yang akan memberi majallah Variasari thun 2000 - hingga 2004.

Related Posts with Thumbnails