Tuesday, August 2, 2011

Pic Masuk Wad


Suruh makan ubat..nyorok2 taknak..

Malam pertama duduk bilik 2 bedded..tapi kami je duduk situ sebab penyakit berjangkit..xleh
campur2...Gambar bawah barulah dah pindah ke bilik 1 bedded.Mikael suka jalan2 sambil bawah Drip tu...yang macam ada mesin tu...heret je la..sbb ada roda...sian x dapat bebas..

hari rabu dah buka balut tangan sebelah kiri..sbb dia dh tak cabut2 dah..dah boleh terima hakikat..hehe...

boring x boleh keluar...

duk kat tingkap je sebab boring x nampak dunia luar.

Kat sana, bagi aku service kurang skitla..contohnya masa hari pertama lagi dapat bubur nasi lambat. dahla lambat, dapat roti pulak.padahal minta bubur ayam. malam pulak nak dekat pukul 10 malam baru dapat bubur dinner. kalau orang dewasa lambat dapat takpela...ni kanak2..mengamuk je la dia tahu...bila buat komplen baru la service ok sikit untuk hari seterusnya...

Pada hari selasa(hari ke-2), Stat tengahari lagi mesin drip air mikael ni asyik berbunyi2 je..bila panggil nurse(tekan button je kalau nak panggil) dia akan check. after 10 minit akan berbunyi lagi. sampai penat dah kami nak panggil2 je. petang tu baru la diorg betul2 check kenapa asyik bunyi je. rupa2nya saluran tersumbat. nurse cakap ade darah beku sebab mikael lasak sangat. so xpela, kita accept la kan sebab memang salah anak kite...masa tu dalam pukul 4 lebihla...yang geram tu sampai kul 6 lebih tak betul2 kan lagi..husband pun komplen la kat kaunter nurse tu. boleh pulak diorg main pass2..dia suruh dia, dia suruh dia...masing2 tak confident..takut nak buat dan nak tunggu doktor jugak. So ape lagi..husband pun mengamuk la. terus ketua nurse tu check dan betulkan...ye la..bende ni bahaya..sebab dah buka saluran darah kan..kang buatnya dijangkiti kuman. sape nak jawab...pastu berlarutan makanan dapat lambat pulak malamnya...kitorg ni sampai fikir nak tukar hospital malam tu jugak. dah plan kalau esok service teruk lagi, mmg tukar lah.

So esoknya, nurse2 datang minta maaf. So lega sikitla dan tak jadi pindah. lagipun khamis dah bole keluar.

So mikael kene kuarantin selama seminggu x boleh jmpa orang. so ayah dia amik cuti jaga kat rumah..aku plak kene keje sebab cuti dh makin sikit..huhuhu..

Lagi satu, pegawai kesihatan sri petaling call buat siasatan bagaimana boleh dapat penyakit ni. macam2 la kene soal. so sebagai langkah2 pencegahan, dia suruh kami dan juga pengasuh dia bersihkan rumah, mainan2 basuh dengan dettol, makan jangan share untuk tempoh sebulan. sume peralatan rumah yang kene air liur mikael kene jemur. sebab penyakit ni sentiasa kuar air liur je...sian mikael...

2 comments:

Tney said...

hope dia dh makin sihat..

adcom said...

alhamdulillah sihat...
ummie dia pn sihat..hehe...

Related Posts with Thumbnails