Wednesday, January 9, 2013

Kelahiran Bayi Saya


Assalamualaikum...

Akhirnya pada 30 october 2012, saya telah melahirkan bayi perempuan dengan jayanya. secara normal dan secara tidak terancang saya telah melalui natural birth.Natural birth ni maknanya, lahirkan baby tanpa apa2 bantuan seperti ubat-ubatan, tanpa digunting, dan tanpa di induce. Tetapi ada luka sedikit kerana saya push terlalu awal. yela tak tau dah berapa cm masa tu. tapi dah rasa nak meneran. so kene la jahit sikit.doktor kata susah nak jahit sbb koyakan natural.huhu...tp tak sakitla...alhamdulillah.. sebelum bersalin saya banyak baca pasal natural birth ni. cara pernafasan macam mana. so alhamdulillah saya dapat mempraktikkan semasa proses contraction tu. memang betul dapat mengurangkan rasa sakit contraction tu.betul ke tak ejaan saya ni..hehe...

Berat baby 3.05kg diberi nama Eirdina Nur Zara bt Mohammad Rizal..kurus je..tapi sebab dia panjang/tinggi 54cm...so berat mencapai 3kg jugak. tapi dalam sebulan je dah naik banyak. dalam 3.8kg...huhu...

ok..ni cerita gembira..kenangan untuk dikenang dalam diari ku ini...


Part SEDIH pulak...

Bayi saya telah meninggal dunia pada 28hb Disember 2012, hari Jumaat 3.30am kerana demam panas dan jangkitan kuman pada otak menyebabkan banyak organ dalaman tidak berfungsi. Namun Allah lebih menyayanginya...bayi saya pergi tidak kembali...Al-Fatihah...

Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya kesedihan yang saya alami...even sekarang pun masih terbayang2 renungan mata cantik baby saya...Namun saya redha kerana Bayi saya akan menunggu ayah dan ummi di pintu syurga kelak...alhamdulillah...
semoga Allah kuatkan semangat saya dan suami dan akan lebih mendekatkan diri kepada Allah...amin...



Gambar dalam kenangan....(saya tidak boleh lupa setiap fizikal anak saya terutama matanya yang bersinar...)

AL-FATIHAH....

3 comments:

asyifamustaffa said...

Kuatkan smngt Adha.....kita merancang...Dia yg tntukan smua...sesungguhnya...arwah dah pun jdi bidadari syurga....tabahkan hati.....

C'est La Vie said...

Sedih bc post nie :(
Semoga tabah ya...

Tney said...

Salam Daha,tersentuh hati bila baca ni.. tak sempat kami nak lihat arwah.. sesungguhnye semangat mu kuat Daha, Insyallah bidadari syurga tu akan menunggu mu di sana..

Related Posts with Thumbnails