Sunday, February 17, 2013

Gelagat My Mikael

Assalamualaikum...

Hari Ini nak bercerita perihal mikael. Rasanya dah lama tak buat entry tentang anak bujangku Mikael ni. Kalau kiraan tahun, mikael 4 tahun dah..bulan may ni genap umur 4 tahun. Sebenarnya aku plan nak hantar dia sekolah tahun ni. tetapi mikael ni lambat percakapan dia..even sekarang masih pelat2 lagi. dia cepat dari segi fizikal je. badan je besar. kadang2 main kat taman permainan, ada budak ajak dia main sorok2, main rebut kerusi, macam2 la. tapi mikael ni buat tak tahu je sebabnya dia kurang faham dan tak tahu nak explain atau bila dia explain orang tak faham. hehehe...kesian jugak kat dia...

Pastu pergaulan mikael ni pun kurang memuaskan. asyik nak bergaduh je. sekarang ni banyak perkataan baru yang negatif yang dia belajar. contohnya tumbuk karang..sepak karang....tampar karang....nak tumbuk?...nak sepak?...tu je la yang dia tahu. so sape yang nak kawan kan...lari sume orang...huhuhu...aku tak tahu la kenapa, samaada sebab dia duduk dengan pengasuh, so perkembangan dari segi pergaulan tu kurang memuaskan. then pengaruh rakan yang lebih tua pun puncanya jugak kot. sebab dia kawan ngan budak2 besar. so percakapan pun kasar sikit.

Bercakap pasal sekolah tadi, Awal tahun dah cuba nak hantar dia ke sekolah. Hari pertama dia nak pegi, masuk2 je ke kelas, terus meraung nak balik nak balik. dia kata malu dengan cikgu. Hari kedua dan seterusnya pun sama. so aku pun decide untuk cari alternatif lain iaitu hantar dia ke Playgroup AlimKids kat putrajaya. Kelas selama 1 jam sahaja, dan seminggu sekali iaitu hari sabtu je...Matlamat supaya dia dapat bergaul dengan orang yang dia tak kenal dan dapat mengenali seorang teacher. Ini sebagai permulaan untuk hantar dia ke sekolah tahun depan. Nanti nak buat entry pasal pengalaman ke playgroup tu.sangat menyeronokkan...

Sekarang alhamdulillah, walaupun percakapan masih kasar, tetapi dia dah menunjukkan minat nak belajar. hari2 mesti bukak buku, mengaji, color2. Tapi susah jugak dia nak ingat walau hari-hari aku ajar dia..huhuhu...mencabar sungguh mengajar budak ni tau. kagum aku cikgu-cikgu yang ajar budak2 kecil mahupun budak besar...then aku pun dah beli set buku Bacalah Anakku. tengokla nanti macam mana perkembangan dia..insya'Allah akan share di sini nanti...

ni masa berpantang kt kampung ari tu...mikael ni la kejenya hari2...menolong atuk mak...

mencuba kasut atuk mak..kasut ni guna semasa kerja memerah santan segar..hehe...

dia suka sgt menyelam skrg ni..risau aku tgk..

 nampak tak ape dia buat tu...hehe...baru lepas tolong buang sabut kelapa guna kereta sorong kt belakang umah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails