Tuesday, August 10, 2010

Adakah Tidur Anak kita Mencukupi?


Salam Ramadhan semua...

Hari Ini nak story tentang tidur. Adakah anak kita tidur cukup? Budak2 kan...susah nak cukup. memang nak kena latih sejak dari bayi lg. ntah kenapa Mikael sejak dari lahir lagi memang jenis susah tidur. kalau siang tu, sebelum tghari paling lama tidur ada la sejam. pastu petang sejam lagi. pastu malam tidur pukul 10, pukul 6am lebih dah bangun. so kira2 dalam 10 jam la dia tidur sehari. jam paling minima untuk budak 1 tahun.okla kot..huhu...cuma aku la yg penat nak melayan sibudak kecik ni. just imagine sejak lahir macam itu. time berpantang pun tak dapat rehat. penat beb!

Seriusly sejak ada anak ni tidur tak pernah cukup pun. Tambahan pula, si Mikael ni progress dia cepat sangat, kami laki bini memang susah dapat rehat. ye la...umur 2 minggu je dia dh mengereng2 macam nak meniarap. kebetulan pulak beli tilam jenis lembut sgt2 tu. kalau terlebih mengereng akan terlangkupla dia. so kami kena la hati2. lama2 terpaksa tukar tilam. pastu sebelum 3 bulan lg dia dh meniarap. dan seterusnya menyulur, merangkak, bertatih2. masa 8 bulan dan 4-5 tapak berjalan.9 bulan berlari2 skit.sekarang setahun lebih bayangkan je la macam mana lasaknya..haha...mungkin ade baby lain yang lagi pantas progressnya. tp bagi aku yang baru baby pertama ni, macam x terkejar pulak. jeles tgk ibu2 lain yang boleh rehat2 masa awal2 kelahiran. bole rehat2 time anak depa tidur...mmm..tp xpe..pengalaman yg paling berharga bagi kami...Mikael tetap buah hati kami...hehe...

Ni aku nak berkongsi info tentang
Masa tidur untuk anak-anak. ia berbeza mengikut umur mereka.
Berikut adalah panduan masa tidur yang kita perlu ketahui:

Usia setahun – Memerlukan tidur 10 – 16 jam sehari.
1 hingga 3 tahun – Memerlukan tidur 10 – 13 jam sehari.
4 hingga 6 tahun – Memerlukan tidur yang cukup dari 10 hingga 12 jam sehari.
7 hingga 9 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 10 jam sehari.
10 hingga 12 tahun – Memerlukan tidur yang cukup 9 jam sehari.
Remaja – Memerlukan tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam sehari.

Masa untuk tidur pada setiap malam adalah ideal 8 jam sehari.
Selebihnya kitaperlu bagi ruang untuk anak tidur pada waktu petang.
Ajar anak kita untuk tidur pada waktu yang betul. Waktu untuk tidur
bergantung pada pukul berapa kita mahu mereka bangun.



terima kasih kepada www.didikanak.com kerana memberi tips ni...

3 comments:

Imma said...

ahaks,,bagus mikael ada jadual tidor..
Aku tak pernah buat jadual tido utk Boboy pon..bila dia nak tidor and nak bangun tak kisah..janji dia puas tidur..Cuma klu tido ptg bila jejak lewat ptg kejutkan laa..lepas magrib klu tido biar sejam je pastu kejut sbb klu tidak nanti mlm2 bangun susah nak tido balik..ngan mummy dia skali jadi burung antu kang...wuakakakakakaaa

adcom said...

manade jadual tido imah...dia yg susah nak tido..nak main je..huhuhu...

adcom said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails