Thursday, July 28, 2011

Mikael masuk wad

Isnin malam ari tu, mikael kene masuk wad kerana jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. kalau ada kawan yang lupa, virus ni pernah melanda sarawak beberapa tahun lepas. Tapi nasib baik penyakit ni baru permulaan kerana kami cepat bawak dia ke paed.

Tanda-tanda adalah
- demam panas yang berulang2
- air liur meleleh je..mungkin sebab sakit dalam mulut tu...
- bintik2 merah seakan-akan ada air dalam tu pada tapak tangan dan kaki...
- bintik merah dan ulser penuh dalam mulut..kat lidah, lelangit, bibir...sian kan budak2 kene...nak minum susu pn x boleh...

Kalau orang dewasa yang kene takpe sebab daya ketahanan kuat..ni budak-budak bahaya..perlu dimasukkan ke hospital sebab panyakit ni berjangkit, perlu masukkan air dalam badan sebab mikael x boleh makan dan minum..perlu suntikan antiviral, antibiotik...untuk melawan virus tu...namanya coxsackievirus...ni kira x berbahaya..tapi kalau dijangkiti virus enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya...

Then bermalam la kami dihospital Colombia Asia puchong..nasib baik under AIA insurance...ini sebab kami pegi PAED kat puchong, so dia suggest masuk colombia. so disebabkan dah malam masa tu, kami pun setuju je la. sebab risau kan anak sakit. Mikael ni dahla lasak, satu hospital tu dia round sambil pakai drip air tu(yang air tergantung masuk kat tangan tu...) so jalan la sambil bawak besi pemegang air tu..haha..nantila aku citer detail bila ada gambar nanti...baru nampak skit...

Khamis tengahari baru dapat keluar daripada hospital...Thanks pada parent aku dan adik beradik yang datang melawat dan memberi support...really appreaciate it!
juga pada kawan2 dan sedara mara dan ipar duai yang concern...

Nanti next entry aku cite pengalaman kat colombia asia hospital...dan Drip air kat tangan mikael tersumbat gara2 lasak sangat...huhu...

2 comments:

Tney said...

alamak lambat tahu ler che daha, cmner dah ok ker?

adcom said...

takpe cik tney..mikael dah ok..dah seminggu dah...
:)

Related Posts with Thumbnails