Wednesday, December 14, 2011

LIMA 2011 LANGKAWI

Percutian kami ke Langkawi sempena LIMA 2011. 7dec2011-10dec2011...Dari rumah ke lcct kami naik teksi je sebab pegi hari rabu, so tiada orang yang boleh hantarkan. tambang dalam rm55 kalau tak silap. Nasib baik dah check in online siap2 sebelum pergi. sampai sana terus ke kaunter luggage. siap! senang je kn...


Dalam flight pulak, macam biasa la hero kesayangan saya ni tak boleh duduk diam.meronta-ronta nak bebas. taknak pakai tali pinggang tu. nasib baik ada samsung galaxy tab. leka la dia main angry bird. huhuhu...Flight kul 2pm..so sampai sana dalam pukul 3pm. kira dah petangla kalau nak jalan2. so singgah makan laksa jap, terus pegi check in hotel. stay di Tanjung Malie. betul2 sebelah pantai cenang. memang carik yang dekat ngan pantai. senang nak gi mandi. jalan kaki je dalam 100 meter.


Hari kedua kami pergi naik cable car. memula takut gak nak naik memandangkan hero kami ni terlebih berani. risau gak. last2 naik jugakla...Mikael memang excited. dia buat hal dia je kat atas sana. turun naik...turun naik...

Pastu kene cubit ngan ayah dia, terus merajuk, nangis...ye la...mane taknya, kite risau sebab tinggi, dia boleh suka2 je nak manjat2 ni...geram betul...tak tau takut langsung....

Pic di atas tu dia tengah merajuk..amik gambar pun x mau...haha...


Merajuk kejap je..pastu dia buat aktiviti dia balik..ummi plak yang kena ikut dia mana dia pegi...peliknya, sentiasa bertenaga pulak tu..padahal tangga tu tinggi jgk..mengah jugakla sume orang...


Petang tu pulak pegi lawat kapal maritim,kapal selam...then pegi bandar kuah..ingatkan nak shopping..tapi sempat beli coklat2 je...

malam tu pulak pergi rumah zana(azma jup) kawan lama masa satu U dulu...dia memang orang langkawi...lepas jadi cikgu, dia ngajaq sana la..pekat loghat dia naa..hehe...zana masak banyak..makan besar kitorg..kekenyangan..TQ zana...seronok dapat jumpa kawan lama....

Hari ketiga, Pameran LIMA 2011 dibuka untuk orang awam. so kami pun bergegas pagi2 lagi sebab takut orang ramai. sampai je memang orang dah ramai...tapi bestla sampaikan muka abis sun burn sebab tengok persempahan jet pejuang.excited...

Balik tengok LIMA, baru boleh mandi laut..best sebab cuaca tak panas...dahla muka memang dah sun burn...

Hari ke-empat, Nak balik dah..flight kul 12pm...tergesa-gesa....pastu terlambat...xleh check in..kene la ke kaunter mintak print tiket..hehe...dia kata "dah lambat sangat ni encik..tp nasib baik booking ni memang dh lama buat, so tak perlu bayar pape..."


So next LIMA adalah pada March 2013...husband kata nak pegi..tapi aku cam malas...leceh la...penat...

2 comments:

amm said...

betui ckp amart, makin kurus adha..rsnya mikael perlukan teman bermain tu kan ;)

adcom said...

huhuhu...kurus kot..cuma tang perut tu je x kurus2...hahaha...

insya'Allah kalau ade rezeki, nak jugak bg mikael teman..hehe...

Related Posts with Thumbnails