Tuesday, February 22, 2011

Pemandu Van Sekolah

Hari Ini nk story tentang pemandu van sekolah ni. semenjak aku stat bawak kereta tahun 2003 dulu, lama dah perhatikan pemandu van sekolah ni kalau drive ikut kepala dia je. tau la dia bawak budak sekolah yang boleh buatkan orang lain berhati2 bila berdekatan dengan van diorang. tapi tak semestinya bole sesuka hati je drive sehingga bole membahayakan nyawa kanak-kanak. kenapa aku ckp kanak-kanak, sebab kebanyakan yang naik van ni budak2 sekolah rendah or tadika. kalau budak sekolah menengah diorg naik bus sekolah.

Ada banyak kes kalau nak cite kat sini. Isnin lepas, masa balik dari ambil Mikael, semasa melalui round about, ade van sekolah tu dipandu sangat laju dengan berhimpit laluan sempit kiri(senang cite potong Q la...walaupun xde kereta yg berani nak lalu sebab sempit sangat...) dengan lajunya memasuki round about tu. yang aku ngeri sangat, ade sebuah bus pulak yang sedang laju nak keluar dari round about. terpaksa bus tu break emergency sambil bunyi honnnnnnnnn....ishh...kenapa la ade pemandu yang xde sivik camni. kalau jadi pape kat budak2 dalam van tu cemane? takkan tak bole tunggu line clear sekejap. bukan banyak kereta pun sampai perlu nak berebut2 masuk...ishhh..geramnya la...

Kepada pemandu2 di luar sana, sama2 la kita berhati2 semasa drive k...kalau terjadi juga perkara tidak diingini, anggapla takdir untuk kita. semoga kita sama2 dilindungi oleh Allah...


sekadar gambar hiasan...huhu...

2 comments:

Tney said...

mmg tak patut.. nnt klau jd ape2 sapa yg nak dipersalahkan.. hurmm

adcom said...

haaa..tu la pasal...

Related Posts with Thumbnails