5 perkara yang buat anda gembira?

Semoga hari-hari anda dipenuhi dengan gelak tawa kegembiraan...
Suka saya mengingatkan diri sendiri bahawa perasaan marah tidak membawa kita ke mana-mana. Ia hanya memudaratkan dan menyakitkan. Adakah anda sedar perkara ini? Kadangkala bila kita marah, kita hilang pertimbangan dan cenderung untuk menyakitkan hati orang lain bagi melepaskan amarah kita. Kesan yang mungkin berlaku ialah hubungan menjadi renggang dan orang di sekitar kita pun menjadi kurang senang berkawan dengan kita. Adakah kita akan hidup dengan gembira selepasnya?
Ingatlah apabila kita marah, syaitan sedang menguasai kita, api marah akan terus disemarakkan. Bukan sedikit kejadian ngeri yang terjadi berpunca dari nafsu marah ini. Satu persatu kematian berlaku akibat kegagalan mengawal sikap ini. Andai anda seorang yang pemarah, berdoalah sahabat, hakikatnya Dia pemegang hati, mengadulah pada-Nya selalu agar dibuang perasaan itu dalam hati kita. Insya'allah...Segala yang baik itu adalah daripada ALLAH SWT, dan segala kekurangan adalah dari diri saya sendiri...
Di sini disertakan doa untuk mengurangkan rasa marah:
A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”