Tuesday, July 13, 2010

Kursus ESQ boleh dilaksana di Malaysia

Korang pernah tak dapat email pasal Fatwa wilayah persekutuan (WP) yang mengatakan ESQ Leadership Training dan Fahaman nya adalah menyeleweng daripada ajaran islam kerana mengandungi ajaran yang bole merosakakn akidah. ada 10 fakta yang terkandung dalam fatwa tu.

Dalam news ari ni pula mengatakan ESQ bole dilaksanakan di Malaysia.

Sebenarnya aku rasa lega juga pasal news ni sebab sebagai alumni ESQ dan MCB, aku rasa terpanggil untuk mengatakan bahawa selama mengikuti training tersebut, x penah pun mendapat apa2 ilmu/ajaran yang bertentangan dengan akidah islam. Bila aku baca 10 fakta dalam fatwa WP tu, tiada satu pun yang aku rasa dapat masa training ESQ tu.

Cuma yang aku x puas hati berkenaan dengan pengikut2 ESQ ni. sesetengah alumni tu macam terlalu fanatik dengan ESQ. Ini mungkin bole memesongkan akidah kita. tetapi semua para trainer amat menekankan, jangan terlampau fanatik, tetapi semua yg baik itu hanya daripada ALLAH, segala kekurangan adalah dari diri kita sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails