Tuesday, June 14, 2011

Kasih Yang Suci



Novel Kasih Yang Suci, penulis Meen Zulaikha. Sape dah BACA? aku dah baca dh..ni pun gara-gara cite Nora Elena yang sekarang disiarkan di TV3 jam 7 pm, Isnin - Khamis. Juga gara-gara tak sabar nak menunggu cite nora elena abis.

so aku beli pun beli la novel ni dengan harapan dapat tau jalan cerita dan penamat...hehe...tapi sebenarnya cerita nora elena kat tv tu lain skit. ye la kn..supaya tidak terlalu over seperti dalam novel tu. Dalam novel, Seth tu romantik giler, kejap2 peluk, cium.haha..kalau nak lakonkan betul2 ikut novel, mau kena band drama ni...

Disebabkan cite tv tak sama ngan novel, maka aku pun tertunggu setiap episod kat TV3 seperti orang lain jugak..ekekeke..tu je motif nak bagitau untuk entry ni...

sekian...

Friday, June 10, 2011

Mikael @ my Office

Pada 27 May lepas, Mikael terpaksa ikut aku ke office sebab babysitter minta cuti ade urusan peribadi. Oleh kerana aku dah apply cuti next 2 days after tu nak ke Lumut. So tak dapatla cuti lagi...bayangkan budak sepanjang hari kat office. sure dia akan boring kan.

Nasib baik office aku tak kisah bawak anak. kira boleh consider lagi la...pagi2 dh bangun siapkan makanan dia, nugget, mee goreng, bekalan susu, botol susu, baju, pampers. semua keperluan perlu ada. Pastu mandikan siap2 then baru boleh pergi kerja. kul 9 baru sampai office. hahaha...terlewat la tuh!

Macam2 ragam dia kat office. kebetulan depatment aku memang dalam sebuah bilik yang mana pintu boleh kunci. So dia tak bole la lari keluar suka suki. Tapi bila ada orang masuk keluar, berlari-lari lah dia nak keluar sama. Bila dah dapat lepas, jauhla dia lari. sume orang gelakkan aku mengejar anak..haha...sabar je la budak bertuah ni...tapi terhibur jugak dengan gelagat dia. siap mengemas bilik lagi...

penat menyusun kotak-kotak tu






susah nak amik gambar dia...

Sunday, June 5, 2011

Trip ke Setiawan, Lumut.


Penghujung May kami sekeluarga pegi setiawan sebab kawan hubby kawin. so Alang2 trip jauh, bermalam la skali kat Teluk Batik Resort(TBR) selama 3 hari 2 malam. TBR ni adalah merupakan sebuah hotel. Mulanya nak sewa chalet yang dekat dengan pantai. Tapi takde rezeki sebab dah fully book.

Anyway TBR ni best jugak sebab biliknya yang selesa, bersih dan ada swimming pool di mana betul2 sebelah dengan cafe. Yang tak sedapnya, setiap kali nak breakfast(sebab dapat breakfast free), Mikael mesti nak mandi. Dia kan tak bole nampak air. so nak makan pun tak tenang. just ala kadar je sebab risau dia mandi sorang2. so kami gilir2 la makan.

Hari pertama sempat jugak mandi kat swimming pool walaupun sekejap sebab sampai pun dah petang. Itupun pasal Mikael meronta2 nak mandi... ye la..pergi kenduri kawin kat setiawan lagi. kat umah kenduri plak satu hal, mikael berlari2 bebas kat sana. nasib area taman takde kereta laju2. maybe sebab boring duduk dalam kereta lama sangat kot..huhu...so malamnya just shopping makanan skit2...

nampak tak tu mikael jauh dah ke depan. kitorg tak sempat nk ready, dia dh lari2 awal2.hahaha..



Hari kedua pagi2 dah bersiap nak pergi breakfast. Sampai cafe, rupa2nya ramai dah dan ramai yang dh stat mandi kat swimming pool. Mikael ape lagi, menjerit2 la dia nak mandi jugak...
Tengahari pulak pergi lumut jalan2 tepi laut, tepi jeti..ingatkan nak pegi pangkor balik hari. tapi malas plak pk2 mikael susah nk kawal...so jalan2, cari makan, petang mandi laut, malam makan ikan bakar..best giler...







Hari ketiga sebelum siap2 nak balik, lepas je breakfast, Mikael dan ayahnya sempatla mandi kat swimming pool jap...last kan..kasi mikael puas...sampai kecut2 la tangannya...yang tak menariknya, aku hanya pemerhati jek..haha....x mandi lansung kat laut mahupun swimming pool...x suker la...


Friday, June 3, 2011

Safety Harness


Hari Ini nak story tentang safety harness atau alat keselamatan untuk kanak2 yang sedang membesar...last week aku beli Monkey 2-in-1 Safety Harness Bumble Bee dari mybbstore online. Ini gara2 kesukaran mengawal Mikael budak bertuah ni la. Dia kan suka kebebasan, tak suka orang pegang dia, suka mengexplore persekitaran. kalau dia dapat bebas, dia tak hirau orang lain dah. tak heran kat parent dia dah. tu yang risau kalau dia hilang. dahla kalau pergi Giant, memang selalu hilang.

So dengan harapan yang tinggi bende ni boleh membantu mengawal Mikael ni, aku pun beli la. So weekend lepas jugak pertama kali test ok ke tak...huhu...tapi dukacitanya, tak boleh control jugakla. Mungkin untuk budak lain ok la kot, tapi tidak Mikael. dia yang tarik aku. bukan aku yang tarik dia. ye la...bila dia xleh bebas, dia akan menjerit2 smpi aku segan ngan orang sekeliling. nampak macam tambat binatang ler pulak...hehe...tapi mikael ok sebab dia nak pakai setiap kali keluar, cuma dia tak suka kalau aku sekat2 dia nak lari2...

Susah kan...kita sebagai ibu bapa ni sentiasa risau takut anak dapat ape2 yang tak elok. Moga dia faham la nanti bila dah besar kenapa kita buat camtu...



tali yang melilit kepala monkey tu patutnya ibu yang kene pegang..pjg la jgk talinya...


nak bebas


masa bari smpi hotel, dia nmpk swimming pool...terus nak pegi sana...


terpaksa cabut tali tu yg pjg tu...


Tuesday, May 31, 2011

Jobs yang mungkin hilang

Hari Ini technology makin advance di mana semuanya online. forbes.com ada mengeluarkan article mengenai kerja2 yang mungkin akan hilang pada masa akan datang. Bila pk2 ade jugak logic...mmm...

So, what are some jobs that are at risk due to automation and technology advances?

1. Petrol Pump Assistant – only found in rural areas but they will disappear anytime soon.

2. Bus Conductor – again, probably found in rural areas but soon to disappear.

3. Filing Clerk – what do they file when the office is going paperless?

4. Cashier – slowly replaced by automatic scanners.

5. Travel agent – who needs them anymore when packages can be easily purchased online?

6. Real Estate Broker – replaced by online portals

7. Stock Broker – again, to be replaced by online portals

8. Assembly Line Production Worker – replaced by robots.

9. Toll Booth Operator – do you notice the cash lanes had already reduced to make way for the Smart Tag lanes?

10. Telephone Operator – already been replaced by voice machines.

11. Store Assistant – when physical stores are slowly taken over by online stores.

12. Mail Sorter/postal service – who still send snail mails in ten years time?

13. Newspaper Man – blame it on online news portal!

14. Newspaper Print Setter

15. Secretary – watch out! Most managers nowadays are hands-on with correspondences done personally and instantly, making the function of Secretary almost redundant.

Is your job affected? If yes, it’s never too late to learn new skills and adapt to new demands.

Wednesday, May 25, 2011

Dua Tahun Sudah...



Hari Ini Genap Mikael 2 tahun...25 May 2011...Alhamdulillah..semoga Mikael menjadi anak yang soleh, bijak, hormat orang tua, dan berjaya dunia dan akhirat...Insya'Allah...

Antara keletah dia yang dapat ummi ingat..hehe..

1. Sentiasa aktif tak kira masa kecuali tido...kadang tengah tido pn bole mengingau marah2..huhu...

2. Ade sedikit panas baran..Tang ni ummi risau sebab sape2 dia jmpa, mesti dia tunjuk penumbuk, penyepak...mana dia belaja ntah....ummi ayah x pernah pun ajar mahupun buat macam tu...mmm...

3. Kadang2 masih suka menggigit orang jugak sehinggakan mama budak yg sama2 kat rumah pengasuh tu duk komplen...huhu...abis aku nak buat macam mana...nak marah bukan dia faham pn...tp kalau depan aku dia gigit org, mmg kene marah la..masalahnya belakang2...

4. Dah pandai cakap skit2...contoh, "ibu..mir nak do..."(Ibu...Emir nak tidur)

5. Kalau dalam kereta, dah taknak duduk depan, nak duk belakang...sbb baby car seat letak depan...sebenarnya taknak duk kat car seat..huhu..

6. Suka menconteng kertas...pandai pegang pen dengan cara betul dah...

7. Suka tengok movie/drama...hehe..ikut ummi plak...

byk lagi..tp malas plak nak taip..hehe...Sebenarnya anak aku ni tergolong dalam kalangan kanak2 yang terlampau aktif. sekarang mmg terserlah tantrum pemarahnya...sume orang nak di marahnya. sampaikan kalau mbah(nenek) dia sakat, bole plak ditendang mbahnya...malu nak bawak jalan2...

So sekarang aku amalkan baca surah Thoha(ayat 1-5)..sekarang ni alhamdulillah. ade kurang sikit tantrumnya...baca masa dia tengah tido tu hembuskan ke nafasnya...
pengalaman ummi sebelum ni, malam dia tengah tido, bila time dia nak susu tu, bole plak dia tendang2 ummi, tumbuk2 ummi. ishhh...kalau tak sabar, mahu aku letak dia kat luar...huhu...alhamdulillah sekarang takde dah...kalau dia nak susu.."Ibu..nak susu..."

Banyak kene bersabar masa anak tengah nak membesar ni...macam2 jenis tantrum dia. Tapi kadang2 hilang sabar jugak...gerammm sangat...





sambil menconteng sambil tengok tv..huhu..rosak2...

Monday, May 16, 2011

Data Crash!


Assalam...

Hari Ini barulah menjengah blog kembali setelah sekian lama mengalami masalah dengan pc. Sedih teramatla sangat sebab semua data(source code, pic, doc, email archive) sudah hilang 100%...telah banyak usaha telah dilakukan dengan buat data recovery, hantar 3rd party untuk bt recover. Tetapi masih tak dapat jugak.

Macam Source Code takpe lagi sebab last backup pada 11/3/2011. So semua kerja selama sebulan setengah ni kena buat semula...adehhh..penatla nk pk module ape yg kena tambah nih...
Tapi macam lain2 tu, all the document, pictures, mp3, mp4, movie...sayangnya la....pic sejak dari Mikael lahir dulu sampai sekarang...yang sebelum tu dah backup siap masa nk ready untuk bersalin. Photobook pn sempat buat sehingga mikael 6 bulan je...sekarang hampir 2 tahun dah umur dia...banyak tuuu....

Yang x sedapnya pasal project Claim Online ni la...dahla buat guna asp.net. so bila kita publish, kita x boleh simply tukar code kat server..kene Build dulu baru publish...so yang scarynya aku ter publish nama bos secretariat sebab masa test2 tu terlupa nak buang nama testing tu..so terpaksa la down kan web claim online ni...so sekarang project ni totally down. padahal sekarang dh fasa testing. banyak la user yang bertanya...terpaksa la reka jawapan itu ini...mau kene fired nih...

Kepada kawan2 yang tertanya2 kenapa sy lama tak online..ini la jawapan nya..huhuhu...

Related Posts with Thumbnails